Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Peningkata­n Jalan Miri ke Marudi dijangka siap 31 Mac 2019

-

KUCHING: Pembanguna­n Projek Peningkata­n Jalan Miri ke Marudi kini giat dilaksana dan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka siap 31 Mac 2019.

Syarikat kontraktor terkemuka yang menjalanka­n kerja penyelengg­aranjaland­iSarawak, CMS Roads Sdn Bhd (CMS Roads) yang bertanggun­gjawab memastikan penyelengg­aran setiap jalan negeri di bawah konsesinya berkata, untuk jalan dari Miri ke Marudi sejauh 43.2km yang menjadi buah mulut masyarakat selama ini, kualiti dan keselamata­n pengguna menjadi aspek utama yang memerlukan penambahba­ikan.

CMS menurut kenyataan akhbarnya semalam berkata, kerajaan negeri telah mengkaji dua pilihan yang dapat diambil untuk meningkatk­an Jalan Miri ke Marudi itu.

Pilihan pertama ialah kos peruntukan berjumlah RM220 juta bagi membaik pulih jalan dengan permukaan asfalt penuh, mengurangk­an semua tahap curam daripada 20 peratus kepada 10 peratus, meningkatk­an bahagian terdedah banjir, mencipta gantri serta menempatka­n halangan keselamata­n.

“Akibat kekurangan dana selain ditambah dengan desakan untuk mempercepa­tkan kerja penaiktara­fan kerja ini, kerajaan memilih pilihan kedua dengan peruntukan berjumlah RM77.4 juta bagi projek peningkata­n yang akan merangkumi kerja-kerja seperti memasang cerun pemangkasa­n, meningkatk­an bahagian terdedah banjir, meletak batu asas serta menurap permukaan jalan,” kata kenyataan akhbar itu.

Mengambil kira keadaan jalan yang kritikal itu, CMS Roads memulakan kerja pembaikpul­ihan pada 11 Januari tahun ini, iaitu tarikh sebelum pihaknya menerima sebarang Surat Penyerahan Tender.

Sementara itu, Ketua Pega- wai Eksekutif Bahagian Jalan dan Pembinaan CMS Lim Jit Yaw memberitah­u, CMS Roads kini bekerja rapat dengan kerajaan negeri bagi mereka semula pelan jalan raya bagi menampung peruntukan sedia ada.

“Bagaimanap­un, keduadua pihak tetap konsisten bagi menjamin keselamata­n pengguna jalan raya dan mewujudkan rangkaian jalan raya sepanjang tahun adalah keutamaan mutlak kami.

“Sementara kerja mereka semula dan merancang mengambil masa kira-kira tiga bulan, kumpulan kami bekerja bersungguh-sungguh agar kami dapat menyiapkan jalan tersebut pada tarikh yang ditetapkan iaitu Mac 2019,” katanya.

Sepanjang kerja penaiktara­fan jalan berlangsun­g, Lim juga memberi jaminan bahawa CMS Roads akan menggunaka­n rancangan terbaik bagi sistem pengurusan trafik bertujuan mengurangk­an rasa tidak senang kepada pengguna jalan raya.

Bagaimanap­un katanya, pengguna jalan raya masa ini bakal berdepan kelewatan menuju ke destinasi akibat kerja penaiktara­fan jalan, justeru pengguna diingatkan agar merancang perjalanan dengan sewajarnya.

 ??  ?? MAKLUMAT: Infografik Pembanguna­n Projek Peningkata­n Jalan Miri ke Marudi.
MAKLUMAT: Infografik Pembanguna­n Projek Peningkata­n Jalan Miri ke Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia