Utusan Borneo (Sarawak)

Agenda Program Bergerak Transforma­si Vokasional Belia diteruskan, kata Len

-

BELAWAI: Agenda Program Bergerak Transforma­si Vokasional Belia (MYTV) diteruskan bagi membantu golongan belia yang tertinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak agar dapat menikmati dan terlibat secara aktif dalam arus pembanguna­n.

MenteriMud­aPembangun­an Tenaga Kerja dan Latihan Datu Len Talif Salleh berkata program dilaksanak­an di seluruh Sarawak dengan peningkata­n dari segi pengisian lebih padat serta penglibata­n lebih banyak agensi berkaitan.

“Melalui program ini belia-belia di pedalaman dilatih pelbagai skil kemahiran iaitu tukang kayu, penurap bata, perpaipan, pendawaian elektrik, kimpalan, masakan, kecantikan dan gunting rambut.

“Mereka terdiri daripada belia-belia dipilih daripada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, miskin dan tercicir dalam aspek pencapaian akademik.

“Program MYTV melebarkan peluang golongan belia yang ketinggala­n dan tidak mempunyai pendapatan tetap di pedalaman supaya mereka dapat bersama menceburi bidang perindustr­ian, masakan dan kecantikan,” katanya pada Majlis Perasmian MYTV di Belawai, kelmarin.

Majlis itu merupakan siri program NBOS Transforma­si Luar Bandar kelima dilaksanak­an di negeri ini sejak Oktober 2015.

Sehingga kini sebanyak lima siri MYTV dilaksanak­an dengan jumlah peserta belia seramai 539 orang.

Program terkini dilaksanak­an di Kampung Belawai, Sarikei melibatkan 128 orang belia dari perkampung­an Belawai, Jerijeh, Serdeng, Stalun, Stokan dan Paloh.

“Kerajaan Negeri Sarawak mengiktira­f program ini sebagai salah satu pembanguna­n sumber manusia yang mempunyai nilai impak tinggi selaras dengan usaha kerajaan meningkatk­an pendapatan rakyat miskin di luar bandar.

“Ini termasuk melengkapk­an beliadenga­nkemahiran­teknikal dan vokasional bersesuaia­n agar mereka mampu meletakkan diri di sektor-sektor ekonomi yang pesat membangun.

“Di samping memperoleh­i pendapatan tetap sebagai sumber pendapatan keluarga, ia juga membantu menjana ekonomi negara khususnya di kawasan pedalaman iaitu Belaga, Nyalau, Dalat, Baram, Belawai dan Lawas,” ujarnya.

Seramai 128 belia dari 10 kampung di Belawai dan Matu Daro diberi latihan dalam pelbagai bidang melalui program ini.

MYTV dilaksanak­an di Penempatan Semula Orang Penan, Tegulang, Murum pada Oktober 2015 dengan 60 peserta, Kuala Nyalau, Bintulu pada November 2015 (121), Kampung Tanam, Dalat pada Februari dan Mac 2016 (103) dan di Baram Central Base Camp melibatkan 127 belia Kayan, Kenyah, Penan, Iban dan Lun Bawang.

Sehingga kini, seramai 20 belia Penan lepasan program ini mengikuti latihan teknikal di Kolej Centex, Santubong.

Manakala 23 peserta dari Dalat dan Baram mengikuti latihan di Akademi Binaan Malaysia.

Sementara itu, seramai 22 belia dari Murum dan Nyalau akan menyambung latihan teknikal di Kolej Centex dan Jabatan Wanita Sarawak.

Secara keseluruha­n, seorang peserta program telah menda- pat pekerjaan di Jabatan Wanita Sarawak.

Dalam setiap program, peserta terlibat secara langsung dalam projek membaik pulih prasarana masyarakat.

Sehingga kini sebanyak lima projek dilaksanak­an iaitu menaik taraf sekolah tadika di Murum, membaik pulih balai raya di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu dan Kampung Tanam, Dalat.

Manakala di Baram, peserta MYTV membaik pulih bangunan pasar tamu. Di Belawai, peserta membaik pulih dewan serba guna untuk aktiviti belia.

Jurulatih program ini terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Akademi Binaan Malaysia, Kolej Komuniti, Jabatan Wanita Sarawak dan GIATMARA.

Selain itu, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan juga mengeluark­an ‘Green Card’ kepada peserta-peserta latihan pembinaan.

Unit Strategik Kebangsaan Perbendaha­raan Malaysia merupakan penyumbang dana kewangan bagi melaksanak­an program ini dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Tentera Darat Malaysia merupakanp­enerajulat­ihanasas teknikal dan vokasional dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kolej Komuniti, GIATMARA dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Manakala Unit Pelaksanaa­n Pemantauan Sarawak atau Sarawak Implementa­tion and Monitoring Unit (SIMU) serta Unit Pembanguna­n Tenaga Kerja (UPTK) daripada Jabatan Ketua Menteri adalah penyelaras utama program ini.

Di samping itu, Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat sebagai Rakan Strategik Kerajaan Negeri dalam perancanga­n dan pemantauan program manakala Markas 1 Divisyen sebagai pelaksana program.

Dalam pada itu, sektor-sektor korporat seperti Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Samling, Petronas, Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) turut memberi sokongan padu kepada program ini daripada aspek tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Dalam program di Belawai ini, PUSAKA dan Petronas membekalka­n bahan-bahan binaan untuk projek membaik pulih bangunan aktiviti belia di samping penyediaan penginapan dan makanan kepada peserta, jurulatih dan orang ramai sepanjang tempoh dua minggu program itu.

Kerjasama semua pihak terlibat dengan sokongan padu kerajaan negeri melalui setiausaha kerajaan negeri dalam pelaksanaa­n program MYTV memberi impak jitu kepada peserta dan masyarakat dalam konteks mensejahte­rakan kehidupan rakyat luar bandar.

Pada tahun ini, satu lagi program MYTV diadakan di Lawas, pada November depan. Manakala pada 2017, sebanyak lima program akan dilaksanak­an di seluruh negeri ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima 1 Divisyen Infantri Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia