Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar, pensyarah IPT terlibat rasuah harus dikenakan hukuman keras: Karim

-

KUCHING: Hukuman keras harus dikenakan ke atas pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat rasuah.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Malaysia dan Sarawak khasnya memerlukan pensyarah yang boleh dipercayai dan pelajar benar-benar cemerlang.

Beliau berkata jika benar insiden seperti itu berlaku di IPT di negara ini, ia perbuatan keji yang mesti dihapuskan segera.

“Pelajar dan pensyarah terlibat rasuah ini tidak layak berada di tempat mereka sekarang. Kita memerlukan pensyarah yang boleh dipercayai dan pelajar yang benar-benar cemerlang.

“Kita tidak mahu graduan yang menipu lahir daripada universiti-universiti kita. Hukuman keras mesti dikenakan ke atas mereka ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil menga- takan wujud salah laku rasuah dalam kalangan pelajar IPT di negara ini.

Menurutnya, pelajar terbabit akan merasuah pensyarah untuk mendapatka­n kelulusan dalam peperiksaa­n.

Shamshun berkata situasi seperti itu sangat membimbang­kan jika tidak ditangani, kerana pelajar IPT merupakan aset penting kepada pembanguna­n serta hala tuju negara pada masa depan.

“Kesalahan rasuah dalam kalangan pelajar memang pernah berlaku melibatkan pelajar untuk menaikkan gred dan lulus peperiksaa­n.

“Malah SPRM juga pernah menyiasat dan membuat pertuduhan ke atas pelajar terbabit,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan satu majlis di sini kelmarin.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia