Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak contoh terbaik amalkan perpaduan kaum

Bebas sebarang isu kontrovers­i terutama melibatkan isu-isu sensitif menyentuh soal keagamaan, perkauman

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Sarawak bebas daripada sebarang isu kontrovers­i terutama melibatkan isu-isu sensitif yang menyentuh soal keagamaan dan perkauman menjadikan negeri ini contoh terbaik mengamalka­n perpaduan kaum.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak mempunyai pelbagai kaum dan agama dengan semangat toleransi serta memahami antara satu sama lain.

“Sarawak negeri teraman, negeri-negeri lain berkelahi satu sama lain namun kita di Sarawak aman dengan perubahan pucuk kepimpinan negeri juga berjalan lancar dan diterima semua kaum tanpa perbalahan,” katanya pada Majlis Peletakan Batu Asas Surau Abu Bakar As-Siddiq di sini semalam.

Beliau memberitah­u, Sarawak juga menjadi negeri contoh kerana umat Islam dan bukan Islam di sini menghormat­i satu sama lain terutama dalam soal pembinaan rumah

Sarawak negeri teraman, negerinege­ri lain berkelahi satu sama lain namun kita di Sarawak aman dengan perubahan pucuk kepimpinan negeri juga berjalan lancar dan diterima semua kaum tanpa perbalahan. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Timbalan Ketua Menteri

ibadat.

“UmatIslamd­anbukanIsl­am bersama-sama membantu dan menyumbang untuk membina rumah Allah dan persefaham­an inilah menjadikan Sarawak, negeri contoh,” jelasnya.

Abang Johari mengakui negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia memandang ke arah Sarawak yang mengamalka­n corak pentadbira­n Islam tulen dan menghormat­i budaya dan adat resam kaum lain.

Mengulas mengenai pembinaan surau berkenaan, beliau yang juga Menteri Pelanconga­n menjelaska­n bahawa projek surau itu menyaksika­n kesatuan semua kaum menjayakan rumah ibadat ini.

“Kita menyaksika­n ahliahli korporat bukan Islam, wakil rakyat bukan Islam dan pemimpin Islam sendiri di sini berganding bahu menderma dan menyumbang memastikan pembinaan Surau As-Siddiq terlaksana,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumka­n peruntukan geran berjumlah RM200,000 kepada jawatankua­sa pembinaan Surau As-Sidddiq dan berjanji akan menambahny­a nanti.

“Jika jawatankua­sa berjaya mencari dan menambah dana maka saya akan menggandak­an dana tersebut untuk men- cukupkan dana sedia ada bagi pembinaan surau berjumlah RM800,000,” katanya.

Sementara itu, Surau As-Sidddiq berkeluasa­n 0.93 ekar di kawasan Perumahan Senadin menelan kos pembinaan kes- eluruhan RM800,000 setakat ini dengan ahli korporat Datuk Hii King Chiong menderma RM200,000.

Kawasan perumahan berkenaan mempunyai populasi penduduk Islam lebih 1,000 orang dan pembinaan surau itu dapat menampung kira-kira 200 hingga 250 jemaah pada suatu masa.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n dan ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi Jawatankua­sa Pembinaan Surau Abu Bakar As-Siddiq Abang Mohamed Abang Deli serta tetamu lain.

 ??  ?? BATU ASAS: Abang Johari (tiga kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik peletakan batu asas pembinaan Surau Abu Bakar As-Siddiq sambil diperhatik­an tetamu lain.
BATU ASAS: Abang Johari (tiga kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik peletakan batu asas pembinaan Surau Abu Bakar As-Siddiq sambil diperhatik­an tetamu lain.
 ??  ?? BERKEMAHIR­AN: Len bersama tetamu lain dan peserta program MYTV di Belawai kelmarin.
BERKEMAHIR­AN: Len bersama tetamu lain dan peserta program MYTV di Belawai kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia