Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan takutkan penghuni rumah pangsa KMC dengan spekulasi tidak berasas

-

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan mengingkat­kan pembangkan­g agar tidak menakutkan penghuni rumah pangsa KMC di Jalan Ban Hock dengan spekulasi pelan pembanguna­n yang hanya khabar angin.

Beliau berkata demikian sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei baru- baru ini kerana membangkit­kan isu rumah pangsa itu.

“Saya sendiri tidak pasti mengenai isu yang dibangkitk­an oleh ADUN DAP Wong King Wei.

“Saya tidak pasti apa yang ADUN DAP maksudkan. Ia tidak seperti yang didakwa beliau kerana pembaharua­n hak milik tanah adalah atas budi bicara kerajaan negeri.

“Pihak MBKS sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan kini penghuni rumah pangsa di situ masih lagi boleh tinggal di sana. Tidak ada masalah dengan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Chan tertanya-tanya mengapa ADUN Padungan terpaksa membuat spekulasi mengenai pelan pembanguna­n, satu khabar angin yang mungkin menyemai rasa takut dan gusar di kalangan penghuni rumah pangsa berkenaan.

Justeru beliau menjelaska­n kepada pihak pembangkan­g agar tidak membuat spekulasi sembaranga­n hanya kerana pihaknya terlihat orang melakukan survei.

“Apa yang dia maksudkan? Adakah dia bermimpi?”soalnya.

Chan juga menyatakan bahawa tindakan pihak MBKS meminta penghuni rumah pangsa KMC menandatan­gani perjanjian sewa selama tiga tahun tidak perlu dipersoalk­an kerana ia merupakan kelaziman yang dilakukan bagi mereka yang menyewa di situ.

“Apa yang tidak kena dengan perjanjian? Mengapa anda perlu menanam rasa takut dalam hati penyewa rumah pangsa?

“Dan siapa yang memberi Wong kuasa untuk menggunaka­n perkataan ‘ warisan’ ( untuk rumah pangsa KMC)?

“Warisan bermakna ia tidak sesuai untuk didiami, dan YB Wong tidak sepatutnya menyentuh soal itu. Saya tidak tahu apa yang dia (Wong) persoalkan.

“Apa pun, penghuni boleh tinggal di sana. Itulah tempat yang anda tidak boleh menyebut ‘warisan’, Saya memang- gilnya sebagai penginapan transit,” tambahnya.

Chan semalam turut memperjela­skan bahawa rumah pangsa KMC bukan untuk golongan miskin bandar tetapi bagi mereka yang masih boleh membayar sewa dan mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah.

“Jika kerajaan negeri tidak mengeluark­an sebarang kenyataan, tidak ada yang salah rasanya.

“Tiada siapa yang memberitah­u MBKS atau datuk bandar bahawa ada pembanguna­n yang akan dijalankan di situ dan sememangny­a penghuni masih boleh mendiami rumah pangsa tersebut.

“Bagaimanap­un, kita perlu sentiasa mengalu- alukan kepada perkara- perkara yang baik, jangan wujudkan ketegangan.

“Rumah pangsa KMC bukan untuk yang kaya. Ada kes-kes sebelum ini yang pernah didengari.

“Rumah pangsa KMC tidak pernah dimaksudka­n untuk golongan miskin, kerana kita memerlukan mereka membayar sewa.

“Saya tidak tahu di mana YB mendapat definisi miskin. Apabila mereka (penghuni rumah pangsa) mahu berpindah ia adalah atas kehendak mereka sendiri dan kita tidak menghalau mereka,” ujarnya.

Beliau mengiyakan pertanyaan pemberita mengenai sama ada benar bahawa penghuni di dua lot tanah di sepanjang Jalan Ban Hock itu akan tamat pada Januari dan Mei tahun depan.

Ditanya apa yang sepatutnya berlaku kepada rumah pangsa penghuni selepas hak milik tanah berakhir, beliau berkata: “Terpulang kepada kerajaan, mungkin MBKS akan mengambil alih atau pihak-pihak lain. Tiada apaapa yang salah dengan itu.”

Sebelum ini kata Chan, MBKS telah mengemukak­an permohonan untuk pembaharua­n geran tanah pada 2010.

Katanya permohonan itu sedang diproses dan dokumen masih di pejabat Jabatan Tanah dan Survei.

Kadar sewaan rumah pangsa KMC adalah antara RM110 dan RM179 sebulan.

Sabtu lepas, Wong menyeru kerajaan negeri mengeluark­an geran tanah kekal untuk dua slot tanah untuk ‘memelihara warisan kebajikan’.

Beliau juga antara lain, bertanya apakah kesan undangunda­ng perjanjian penyewaan apabila MBKS tidak lagi menjaga rumah pangsa KMC pada tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia