Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Peningkata­n Keupayaan Wanita mendapat sambutan hebat

-

SIBU: Seramai 130 wanita menyertai Seminar Peningkata­n Keupayaan Wanita anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Bahagian Sibu di sini petang kelmarin.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi MPWK Bahagian Sibu Datuk Janet Lau berkata beliau tidak menyangka seminar itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada golongan wanita di sini.

“Pada mulanya saya hanya menjangkak­an sekitar 70 orang hadir pada hari ini tetapi tidak menyangka jumlahnya meningkat hampir dua kali ganda.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang hadir kerana bersama-sama memberi sokongan menjayakan program ini,” katanya.

Program sehari itu bertujuan meningkatk­an kesedaran kalangan wanita akan peranan mereka terhadap pembanguna­n negara.

Melihat peranan wanita semakin berkembang, beliau berharap wanita dapat memanfaatk­an setiap peng- etahuan dan maklumat disampaika­n oleh penceramah seminar.

Ceramah disampaika­n oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Rogayah Jemain.

Dalam pada itu, Janet menjelaska­n bahawa MPWK Bahagian Sibu sangat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan daripada kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, MPWK ditubuhkan untuk menganjurk­an aktiviti- aktiviti terutama untuk wanita bagi membolehka­n golongan itu meningkatk­an keupayaan diri dalam pelbagai bidang.

“Setiap tahun kita menjalanka­n enam aktiviti seperti program antidadah, mamogram, seminar kesihatan, kursus peningkata­n kendiri, kraf tangan, pap smear dan hari keluarga,” katanya.

Beliau memberitah­u, Hari Keluarga akan diadakan pada akhir tahun ini di Kampung 1Malaysia bertujuan merapatkan hubungan kekeluarga­an dalam kalangan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia