Utusan Borneo (Sarawak)

Semua masyarakat harus terlibat dalam program pemelihara­an alam sekitar

-

BINTULU: Semua masyarakat harus turut serta dalam program pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar serta biodoversi­ti bagi memastikan keindahan alam semula jadi terus terpelihar­a.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata program itu wajar disemai dallam kalangan komuniti khususnya pelajar bagi memastikan mereka sedar mengenai pentingnya menjaga alam sekitar serta kekayaan biodiversi­ti.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis alam sekitar memperbany­ak program alam sekitar di sekolah-sekolah bagi mendedahka­n pelajar dengan pemulihara­an alam sekitar dan mewujudkan suasana pembanguna­n alam semula jadi yang seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Projek Biodiversi­ti, Alam Sekitar dan Pemulihara­an (BEACON): Friends Of Nature 2016 anjuran Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) di sini semalam.

Program berorienta­sikan alam sekitar, flora dan fauna, haiwan liar dan sebagainya itu disertai 50 pelajar daripada lapan sekolah di sini.

Fatimah berharap program itu menjadi landasan terbaik mendidik generasi muda supaya menghargai alam sekitar serta biodiversi­ti yang terdapat di negeri ini.

“Saya melahirkan peng- hargaan kepada MLNG dan SFC kerana berusaha keras menjayakan program ini sejak dimulakan pada 2013,” jelas beliau.

Justeru, kerjasama semua pihak amat perlu bagi menjayakan program yang sememangny­a memberi impak positif terhadap alam sekitar serta khazanah semula jadi di sini.

Beliau berkata usaha MLNG memartabat­kan alam sekitar serta keindahan semula jadi sebagai projek perintis menjadikan Bintulu sebuah bandar perindustr­ian mesra menjelang 2020.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Jenny Bangga dan Ketua LNG Malaysia Petronas Pau Kiew Huai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia