Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kecewa tidak dipilih pegang jawatan

Ahli tidak pegang jawatan dalam parti diminta terus bersatu untuk memperkuku­h parti

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang tidak terpilih memegang apa-apa jawatan dalam parti diminta terus bersatu untuk terus memperkuku­h parti.

Presiden PRS merangkap Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata sebagai wakil rakyat jangan kecewa tidak terpilih memegang jawatan dalam parti.

Begitupun, beliau menghargai jasa ahli yang berundur daripada memegang apaapa jawatan parti mahupun beralih kedudukan jawatan serta yang banyak berjasa menyumbang kepada kemajuan parti.

“Jika tidak terpilih, apa yang diperlukan ialah bergantung kepada anda untuk membuka pilihan itu.

“Kemarahan boleh menutup pilihan tersebut dan kekecewaan akan menghentik­an anda kemungkina­n menjadi pemimpin kepada masyarakat,” katanya pada Jamuan Malam Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Ke4 PRS dan Ulang Tahun Ke-12 PRS di sini malam kelmarin.

Katanya seorang yang menjadi wakil rakyat mempunyai banyak cara dan pendekatan untuk membantu rakyat terutama membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berkata ahli perlu bekerjasam­a menjadikan PRS sebagai sebuah parti yang benar-benar berasaskan Sarawak.

Terdahulu, beliau menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang PRS kepada

Jika tidak terpilih, apa yang diperlukan ialah bergantung kepada anda untuk membuka pilihan itu. Tan Sri Datuk Amar James Masing Presiden PRS

Datuk Joseph Mauh Ikeh dan Penghulu Nuai Gema serta menyempurn­akan memotong kek Ulang Tahun Ke- 12 PRS. Turut hadir Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun, Ketua Pemu- da PRS Snowdan Lawan, Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Sophia Brodie, pengerusi jawatankua­sa penganjur Datuk John Sikie Tayai, pengerusi pengelola Majang Renggi, naib-naib presiden, ahli majlis tertinggi PRS termasuk pergerakan pemuda dan wanitanya.

 ??  ?? JASA DIKENANG: Joseph Mauh dan Nuai (tengah) bersama Masing, Doris (kiri) dan Entulu (kanan) selepas menerima Anugerah Jasamu Dikenang PRS.
JASA DIKENANG: Joseph Mauh dan Nuai (tengah) bersama Masing, Doris (kiri) dan Entulu (kanan) selepas menerima Anugerah Jasamu Dikenang PRS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia