Utusan Borneo (Sarawak)

BERSIH Sarawak mahukan pembaharua­n dalam pentadbira­n negeri ini

-

KUCHING: BERSIH Sarawak mahukan pembaharua­n dalam pentadbira­n negeri ini seiring dengan tuntutan BERSIH 5 iaitu kerajaan yang bersih, memperkuku­hkan demokrasi berparlime­n, hak membantah dan memperkasa Sarawak dan Sabah.

Menurut BERSIH Sarawak, perkara yang perlu diubah ialah isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), menentang politik wang, memperkena­l pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan dan pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar.

“Isu NCR sangat penting di Sarawak. Tanah hak adat adalah hak asasi orang asal. Ini kerana tanah adalah sumber pendapatan mereka, tanpanya mereka hilang kehidupan,” kata pemerhati pilihan raya BERSIH Sarawak pada sidang media di Sri Aman kelmarin.

Sidang media itu bertujuan memperkena­lkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dan beberapa kumpulan lain yang terlibat dalam jawatankua­sa penganjur Konvoi dan Perhimpuna­n BERSIH 5.

Bersih Sarawak katanya, mahu kerajaan negeri mengiktira­f tanah adat penduduk asal termasuk ‘temuda’, ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ serta mewujudkan suruhanray­a diraja untuk menyiasat isu berkaitan NCR secara bebas dan berkecuali.

“Politik wang, antara faktor merosakkan sistem pilihan raya. Oleh itu, kita mesti terus menentangn­ya.

“Sistem pilihan raya seharusnya membenarka­n semua rakyat membuat pilihan sendiri lebih-lebih lagi calon tanpa dipengaruh­i atau diancam oleh mana-mana pihak,” katanya.

Mereka turut menuntut memperkuku­hkan undangunda­ng pilihan raya dan mengubah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bagi membolehka­n suruhan jaya itu bertindak bebas serta telus.

Pindaan ke atas Akta Pilihan Raya bagi mengehadka­n pilihan raya dan sumbangan politik pada masa sama memperkuku­hkan kuasa SPR dalam memantau serta menguat kuasa undang-undang pilihan raya menerusi kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga agensi berkaitan menentang rasuah dalam pilihan raya.

Selain itu katanya, sebagai kerajaan yang adil dan saksama kuasa tidak seharusnya berpusat di peringkat persekutua­n dan negeri khasnya di Sarawak.

“Kami berasa dasar retorik Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Ade- nan Satem tidak akan memberi manfaat atau penyelesai­an kepada masalah rakyat.

“Kuasa kerajaan adalah daripada rakyat dan seharusnya diketuai oleh rakyat. Oeh itu, kami menunut pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan dikembalik­an,” ujarnya.

Mengenai kemudahan moden yang sering kali berpusat di kawasan bandar seperti Kuching, Miri dan Bintulu sedangkan kawasan luar bandar terus ketinggala­n dalam arus pembanguna­n, BERSIH Sarawak menuntut kerajaan membangunk­an infrastruk­tur di luar bandar.

“Kami mahu rakyat Sarawak menikmati pembanguna­n seimbang di seluruh negeri tanpa meminggirk­an mana-mana pihak.

“Kerajaan harus membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik, air dan telekomuni­kasi di luar bandar, pada masa sama mengembang­kan industri di situ dalam usaha mewujudkan banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Menyentuh Perhimpuna­n BERSIH 5 yang akan diadakan di Sarawak beliau berkata ia akan berlangsun­g serentak di Kuala Lumpur dan di peringkat negeri ia dirancang diadakan di Padang Merdeka pada 19 November depan.

Katanya permit mengadakan perhimpuna­n itu telah dipohon daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) namun penganjur diarah mendapatka­n kebenaran daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menggunaka­n Padang Merdeka bagi tujuan itu.

“Kita masih menunggu respons daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan berharap kami boleh menggunaka­n Padang Merdeka nanti.

“Kami mempelawa semua rakyat Sarawak menyertai perhimpuna­n ini. Kita sebagai rakyat Sarawak mesti bersatu dan terus menuntut perubahan. Kita tidak boleh mengaku kalah,” tegasnya.

BERSIH Sarawak merupakan 10 gabungan NGO dan kumpulan- kumpulan organisasi masyarakat sivil antaranya Rise of Sarawak Efforts (ROSE), Ikram, Panggau, Bersih Sibu, Lawyer Kamek 4 Change (LK4C), Gerakan Reformasi Anak Muda Sarawak ( Gerak), Bersih Pemantau Miri, Jawatankua­sa Tindakan Perlindung­an Baram (BPAC), Save Rivers, Teori Timur, Gerakan Anak Sarawak (Gasak) dan Dayak Think Tank Group (DTTG).

 ??  ?? TUNTUT PERUBAHAN: Ahli Jawatankua­sa BERSIH Sarawak bersama NGO yang terlibat dalam konvoi dan perhimpuna­n BERSIH 5.
TUNTUT PERUBAHAN: Ahli Jawatankua­sa BERSIH Sarawak bersama NGO yang terlibat dalam konvoi dan perhimpuna­n BERSIH 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia