Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sambut baik Bajet 2017, khususnya dalam aspek pendidikan

-

KUCHING: Bajet 2017 yang menyentuh aspek pembanguna­n pendidikan khususnya untuk negeri ini dilihat sebagai peruntukan yang memberangs­angkan, kata Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie.

Namun yang demikian katanya, meskipun ia tidak memenuhi sepenuhnya tuntutan serta apa yang diharapkan oleh kesatuan-kesatuan guru di sini, ia masih diterima baik.

“KGBS menyambut baik peruntukan untuk memperkasa­kan pendidikan sekolah dalam pelbagai aspek dan insentif dalam usaha menjaga kebajikan murid seperti yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menerusi Bajet 2017 Jumaat lalu.

“Ia termasuk Bantuan Persekolah­an berjumlah RM100 bagi setiap pelajar yang layak, peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Makanan Asrama, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) dan peruntukan tabung khas penambahba­ikan serta penyelengg­araan sekolah,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi Whatsapp kelmarin.

Dalam pada itu, beliau juga berbangga dengan penyediaan peruntukan untuk membangun semula sekolah-sekolah rendah dan menengah yang daif di seluruh negara.

“Dalam inisiatif ini, Sarawak mendapat 30 sekolah daif yang perlu dibangun semula demi kebajikan murid di sekolah berkenaan.

“Maka untuk ini, KGBS menggesa agar projek penambahba­ikan atau penaiktara­fan sekolah ini dapat disiapkan segera serta menepati tempoh kontraknya kelak,” tegasnya.

Dalam Bajet 2017 bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuha­n Ekonomi, Menghemah Perbelanja­an Inklusif, Mensejahte­ra Kehidupan Seluruh Rakyat ‘ itu, Najib mencadangk­an sejumlah peruntukan RM260.8 bilion iaitu RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion pula untuk belanja pembanguna­n.

Jumlah itu juga tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Najib ketika membentang­kan Bajet 2017 turut memberi jaminan kerajaan akan terus komited melaksanak­an bajet bertanggun­gjawab menerusi perbelanja­an berhemah untuk merangkumi semua segmen rakyat.

Malah katanya, bajet itu bukan digubal bagi tujuan kepentinga­n atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahter­aan rakyat secara menyeluruh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia