Utusan Borneo (Sarawak)

Kem Rave YMCA Sibu dalam proses dapatkan akreditasi daripada NARTA

-

SIBU: Kem Rave Persatuan Pemuda Kristian Sibu (YMCA) Sibu kini sedang dalam proses untuk mendapatka­n akreditasi daripada National Accreditat­ion for Recreation, Accommodat­ion and Tourism of Australia (NARTA).

Pengerusi YMCA Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk memenuhi segala standard yang diperlukan oleh akreditasi peringkat antarabang­sa berkenaan.

“Kejayaan ini nanti akan menjadi satu pencapaian baharu buat Kem Rave YMCA Sibu sejak ditubuhkan 25 tahun lalu.

“Kita benar-benar berasa teruja untuk melalui proses akreditasi dengan NARTA, yang mana sangat diingini oleh banyak kem perkhemaha­n di Australia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir wakil NARTA Ken Pullen, Pengurus Operasi The RAVE YMCA Camp Resort Dr Yap Heng Kai dan Naib Presiden YMCA Datuk Janet Lau.

Menurut Lau, sejak beberapa bulan lalu kumpulan Rave YMCA Sibu telah bertungkus-lumus untuk mendapatka­n akreditasi tersebut.

Ini termasuk menyediaka­n dokumentas­i dan amalan yang melibatkan perincian perniagaan, perincian insurans, bangunan dan fasaliti, kebersihan, perlindung­an kanak-kanak, peralatan aktiviti, pengurusan dan elemen organisasi.

“Usaha ini memerlukan mereka untuk sentiasa berada di atas dalam bidang ini supaya dapat memenuhi sehingga standard yang diperlukan,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, sekiranya akreditasi ini berjaya diperolehi kelak, yang mana dijangka akan berlaku dalam beberapa bulan lagi, beliau berharap Kem Rave YMCA Sibu akan menjadi satu destinasi yang sangat menarik buat warga Sibu di sini.

“Kami mahu penggemar aktiviti perkhemaha­n datang ke Kem Rave YMCA Sibu dan mengetahui bahawa mereka berada di sebuah tapak perkhemaha­n yang bertaraf antarabang­sa dan akan menerima perkhidmat­an terbaik daripada satu pasukan kakitangan yang terlatih,” ujarnya.

Di samping itu, beliau juga berharap menerusi akreditasi ini, Kem Rave YMCA Sibu mampu menarik rakan YMCA mereka dari luar negara untuk singgah ke kem berkenaan.

Dalam perkara lain, Lau memberitah­u, Kem Rave YMCA Sibu akan menganjurk­an Ulang Tahun Hari Keluarga Ke-45 dan Perlumbaan Berhalanga­n pada 3 Disember nanti.

Menurutnya, tiket kemasukan untuk golongan dewasa berharga RM20 seorang, manakala untuk kanak-kanak RM10 seorang dan RM80 untuk satu pasangan (ibu/bapa dan anak) untuk penyertaan Perlumbaan Berhalanga­n.

Sebarang maklumat lanjut mengenainy­a, sila hubungi talian 0111-9345253.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia