Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Kapit perlukan perhatian segera daripada pihak k’jaan

-

KUCHING: Hospital Kapit memerlukan perhatian segera daripada pihak kerajaan khususnya Kementeria­n Kesihatan, kata Ketua DAP Katibas Paren Nyawi.

Menurut Paren, kementeria­n pernah mengumumka­n kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan kemudahan di Hospital Kapit akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

Namun, dalam Bajet 2017 yang baharu diumumkan Jumaat lepas, tiada peruntukan khusus daripada kerajaan untuk menyokong usaha menaik taraf Hospital Kapit.

“Kementeria­n pernah melakukan beberapa kerja naik taraf Hospital Kapit seperti Unit Kecemasan pada 2010, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan stor ubat pada 2011 serta dapur dan wad ‘paediatric isolation’ pada 2012.

“Selain itu, Hospital Kapit hanya menerima lawatan secara berkala daripada pegawai perubatan pakar dalam bidang perubatan umum, pembedahan umum, otorinolar­ingologi, oftalmolog­i, ortopedik dan psikiatri.

“Malah, ada masanya pesakit perlu dirujuk ke Hospi- tal Sibu disebabkan ketiadaan pakar bedah umum meskipun Hospital Kapit dilengkapi dengan kemudahan dewan bedah,” kata Paren yang juga penasihat khas kepada Ahli Parlimen Sibu.

Sehubungan itu, Paren berpendapa­t bahawa kementeria­n wajar mempertimb­angkan cadangan untuk menempatka­n lebih ramai pegawai kesihatan kanan, pakar bedah umum dan pakar tulang untuk berkhidmat di Hospital Kapit.

“Disebabkan jarak masa yang diperlukan untuk menghantar pesakit dari Hospital Kapit ke Hospital Sibu memakan masa tiga jam perjalanan menggunaka­n bot, kita berharap kerajaan memandang serius serta mengambil tindakan terhadap perkara ini,” katanya.

Menurut sumber daripada Lembaga Hospital Kapit, sekitar dua kes dirujuk dari Hospital Kapit ke Hospital Sibu setiap hari, menjadikan purata kira-kira 60 hingga 70 kes dirujuk setiap bulan.

Kebanyakan pesakit enggan dirujuk ke Hospital Sibu disebabkan faktor jarak perjalanan yang jauh dan masalah kewangan.

Buat masa ini Hospital Kapit mempunyai bilangan katil sebanyak 135 buah dan antara hospital yang memberi khidmat perubatan untuk kawasan pedalaman tanpa dihubungi jalan raya.

Namun keadaan mungkin berbeza jika pegawai kesihatan kanan dan pakar bedah umum dapat ditempatka­n di Hospital Kapit.

“Buat masa ini Hospital Kapit amat memerlukan kemudahan mesin pengimbas tomografi berkompute­r (CT Scan) untuk memenuhi keperluan klinikal.

“Keperluan untuk membina jalan keluar ke jalan utama iaitu Jalan Memora juga harus dipandang serius oleh pihak kementeria­n,” tambahnya.

Hospital Kapit telah dibina pada 1958 oleh pihak missionary sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1974 dan pernah menjadi hospital yang sangat popular pada masa itu sehingga ramai pesakit dari daerah lain seperti Kuching, Miri dan Sibu mendapatka­n rawatan di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia