Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tahan seorang lagi jurutera bantu siasatan

-

KOTA KINABALU: Seorang lagi jurutera daerah sebuah jabatan kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan dana projek infrastruk­tur asas bernilai RM3.3 bilion.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata jurutera berumur 35 tahun itu ditahan kirakira 6.40 petang semalam sebelum dibawa Mahkamah Majistret Tawau untuk permohonan tahanan reman.

“Majistret Faizal Che Saad telah membenarka­n reman selama lima hari terhadap suspek bermula hari ini,” kata sumber berkenaan, di sini semalam.

Sementara itu, sumber tersebut memaklumka­n lima daripada 19 suspek yang ditahan SPRM pada 19 Okt lalu berhubung kes itu telah dibebaskan daripada tahanan reman dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin.

Menurutnya, setakat ini SPRM telah merampas wang tunai RM8.4 juta daripada kesemua suspek yang ditahan dalam Ops Water Fasa II yang dilancarka­n pada 19 Okt lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahka­n maklumat berkenaan.

Pada 4 Okt lalu, SPRM melancarka­n Ops Water Fasa I dan menahan empat pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di sini, termasuk pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan dana berkenaan.

Ekoran penahanan empat suspek berkenaan, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta tidak termasuk 127 geran tanah dan barangan kemas.

Bagaimanap­un keempatemp­at suspek berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

Ops Water Fasa II dilancarka­n selepas SPRM mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewen­gan berkenaan hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia