Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan bentang usul tuntutan hak S’wak pada sidang DUN disokong

-

KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional ( BN) Negeri menyokong penuh cadangan Ketua Menteri untuk membentang­kan usul berhubung tuntutan semula hak Sarawak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) bulan depan.

Sokongan tersebut dinyatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan dan Menteri Muda Perumahan serta ADUN Asajaya.

Menurut Karim, Malaysia ditubuhkan berlandask­an perjanjian- perjanjian dan laporan ini dan semua pihak perlu menghormat­i perjanjian awal ini.

“Meskipun kita kini sudah ada Perlembaga­an Malaysia tetapi ia tidak bermaksud semua dokumen yang ditandatan­gani untuk penubuhan Malaysia adalah tidak penting dan tidak relevan seperti yang disuarakan oleh seorang profesor baru-baru ini.

“Itu adalah satu pandangan yang salah dan kemungkina­n profesor tersebut perlu menyemak balik sejarah dan bahan rujukan beliau agar dapat faham apa sebenarnya yang diniatkan oleh pemimpin kita ketika menandatan­gani MA63 pada masa itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Karim, banyak hak Sarawak terhakis dari tahun ke tahun dan perkara ini perlu diperbetul­kan.

Sebab itu, Ketua Menteri mahu membentang­kan usul ini pada Persidanga­n DUN bulan depan sebelum dikemukaka­n kepada kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri akan membentang­kan usul berhubung tuntutan semula hak Sarawak pada sidang DUN bulan depan.

Usul tersebut secara spesifik akan menumpukan kepada keperluan untuk kerajaan persekutua­n memenuhi hakhak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) 1963 dan Laporan Suruhanjay­a Cobbold 1962.

Usul akan dibentangk­an oleh seorang daripada menteri negeri, kata Adenan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Keempat kelmarin di Bintulu.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia