Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan dibuka, pintu rezeki penduduk terbuka

Pembukaan Jambatan Btg Sadong bawa pelbagai aktiviti ekonomi masuk ke Sadong Jaya

- Oleh Rusnan Mustafa

S A D O N G J A Y A : Pembukaan Jambatan Batang Sadong tanda terbukanya pintu rezeki yang lebih luas yang perlu direbut penduduk di kawasan tersebut.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang berkata dengan adanya sistem perhubunga­n yang lebih baik, sudah pasti akan membawa pelbagai aktiviti ekonomi masuk ke kawasan tersebut.

“Jambatan Batang Sadong sudah dibuka dan ini tandanya pintu rezeki baharu penduduk di sini sudah terbuka, jadi saya tidak mahu rakyat di kawasan sekitar Batang Sadong ini hanya melihat sahaja peluang ekonomi yang dibawa ke kawasan ini.

“Justeru, kamu harus merebut segala peluang yang ada untuk meningkatk­an sumber pendapatan kamu menerusi aktiviti ekonomi yang dibawa ke kawasan ini sebaik-baiknya sekali gus mengangkat tahap kehidupan kamu di sini ke arah yang lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bengkel Kemahiran Tatarias dan Seni Tekstil Wanita yang disertai 130 peserta terdiri daripada penduduk setempat di Dewan Serba Guna Sadong Jaya di sini kelmarin.

Malah, Nancy yang merupakan Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, dengan siapnya jambatan pertama terpanjang yang merentasi sungai di Malaysia itu, pelbagai pembanguna­n lain akan lebih mudah dibawa untuk penduduk di kawasan tersebut.

Pada masa sama beliau menggalakk­an penduduk di kawasan tersebut memaju- kan tanah mereka dengan hasil pertanian yang boleh dipasarkan bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi di pasaran yang lebih luas.

Sementara itu, menyentuh mengenai bengkel tersebut, Nancy berkata ia dapat meningkatk­an kemahiran dalam kalangan wanita untuk menceburi bidang keusahawan­an berasaskan tekstil dan tatarias.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha kita melahirkan lebih ramai usahawan tempatan di negeri ini,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

Jambatan Batang Sadong sudah dibuka dan ini tandanya pintu rezeki baharu penduduk di sini sudah terbuka, jadi saya tidak mahu rakyat di kawasan sekitar Batang Sadong ini hanya melihat sahaja peluang ekonomi yang dibawa ke kawasan ini. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? TERTARIK: Nancy ditemani Aidel melihat peserta mencanting corak batik pada Bengkel Kemahiran Tatarias dan Seni Tekstil Wanita di Sadong Jaya.
TERTARIK: Nancy ditemani Aidel melihat peserta mencanting corak batik pada Bengkel Kemahiran Tatarias dan Seni Tekstil Wanita di Sadong Jaya.
 ??  ?? JEJAK: Rentap (tiga kanan) bersama sebahagian pendaki Bukit Sadok.
JEJAK: Rentap (tiga kanan) bersama sebahagian pendaki Bukit Sadok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia