Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, dua rakan cedera kereta terbabas masuk gaung

-

serta dalangnya yang berusia 38 tahun, ditahan di dalam sebuah stor barangan lusuh.

“Polis yang menyerbu bahagian belakang kontena menemukan dua beg mengandung­i tiga bungkusan plastik dadah ketamin lebih dua kilogram, tiga paket plastik berisi ketamin 198 gram, sebotol kaca berisi cecair klorofom dan sebotol plastik cecair isopropyl alkohol.

“Turut dirampas tiga bagasi yang mengandung­i 27 bungkusan plastik berisi ketamin anggaran berat 99kg yang ditemukan di kawasan semak berhampira­n,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak beberapa bulan lepas di sekitar Lembah Klang dan dadah dipercayai diperoleh dari luar negara untuk pasaran tempatan.

Amar Singh berkata pihaknya turut percaya dalang sindiket terbabit dipercayai anggota kongsi gelap Kumpulan 36.

Beliau berkata ketika serbuan dilakukan, kesemua suspek sedang menagih dadah dan hasil ujian saringan mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamin­e.

Amar Singh berkata kesemua suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. — Bernama KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung lalu merempuh sebatang pokok kelapa sawit selepas terbabas di Jalan Besar Jengka 10, Bandar Jengka dekat Maran awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pemandu kereta itu Yusuf Mohd, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Dua rakan mangsa iaitu penumpang hadapan Abdul Aziz Mohd Sukri, 19, dan penumpang belakang Mohamad Faisal Mohd Sabri, 19, mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri dengan masing- masing menerima tujuh dan lima jahitan.

Ketika kejadian, pemandu berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka untuk pulang ke rumahnya di Jengka 10 bersama dua rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi berkata kereta berkenaan terbabas semasa tiba di lokasi kejadian selepas melepasi satu selekoh kerana diper- cayai terlelap ketika sedang memandu.

“Abdul Aziz yang ketika itu sedang bermain telefon bimbitnya menyedari kereta yang dipandu Yusuf terbabas di bahu jalan sebelah kanan jalan, lalu terus menjerit menyebabka­n Yusuf yang dipercayai terlelap terus memaut stereng cuba memasuki jalan semula tetapi gagal.

“Lalu kereta itu menggelong­sor dan terjunam ke dalam gaung dan pada masa sama Abdul Aziz membuka pintu lalu terjun sebelum kereta tersebut merempuh sebatang pokok kelapa sawit sehingga menyebabka­n kereta itu terputus dua,” katanya kepada Bernama semalam.

Mat Rizal berkata mayat Yusuf dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala dua rakannya itu mendapatka­n rawatan di hospital sama dan telah dibenarkan keluar dari hospital berkenaan selepas diberikan rawatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia