Utusan Borneo (Sarawak)

Guru dakwa rugi RM48,250 kerana percayakan kenalan FB, WhatsApp

-

BESUT: Akibat percayakan kenalan di laman sosial Facebook dan WhatsApp, seorang guru wanita mendakwa kerugian RM48,250 apabila ditipu awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, guru tersebut mendakwa hanya menyedari dirinya tertipu setelah melakukan transaksi sebanyak 11 kali ke dalam dua akaun bank yang berbeza bermula 11 Okt lalu.

“Pada 11 Okt lalu kenalan mangsa dikatakan pergi ke Sarawak dan telah meminta bantuan mangsa supaya memasukkan wang ke dalam dua akaun bank atas nama Mohd Faisal Fauzi dan Umadevi A/ P Raj dengan alasan untuk membuka kad ATM di sebuah bank lain di Miri.

“Kerana terlalu percayakan kenalannya itu dan tidak mengesyaki diri ditipu, guru berkenaan telah melayani permintaan tersebut dengan memasukkan wang melalui transaksi ke dalam keduadua akaun berkenaan melalui sebuah bank di Jertih di sini,” katanya kepada media di sini semalam.

Mohd Zamri berkata, setelah melakukan transaksi wang yang diminta, kenalannya dikatakan terus mendesak supaya mangsa menghantar lagi wang kepadanya namun tidak diendahkan­nya dan memutuskan untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang doktor kerugian RM29,800 apabila melayani mesej menerusi emel yang mendakwa daripada sebuah bank dan mengarahka­nnya supaya mengemaski­nikan akauannya pada Sabtu lalu.

Mohd Zamri berkata mang- sa yang berusia 52 tahun kemudian mengemaski­nikan akaunnya menerusi laman web dan turut memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) seperti yang diminta.

“Mangsa kemudian mendapati wang daripada akaunnya sebanyak RM29,800 telah dipindahka­n ke akaun sebuah bank lain atas nama Jacenta@ Ja setelah mengemas kini akaunnya seperti diarahkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(3) Akta Jenayah Komputer 1997. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia