Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah, barangan narkotik bernilai RM111,000 dimusnah

-

SETIU: Polis Terengganu semalam melupuskan pelbagai jenis dadah dan barangan rampasan narkotik bernilai RM111,000.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata dadah dan barangan kes narkotik yang dimusnahka­n itu melibatkan 808 kertas siasatan bagi tempoh 2005 hingga 2012.

“Antara barang kes yang dimusnahka­n hari ini ( semalam) ialah baju dan seluar, pelbagai jenis dadah antaranya heroin, ganja, pil kuda, syabu, daun ketum dan ubat batuk.

“Kesemua barang kes ini kita bakar dan musnahkan hari ini dilaksanak­an mengikut prosedur dan kita telah mendapat kelulusan daripada mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Pelupusan Barang Kes Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Terengganu di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah dan Ketua JSJN negeri Superinten­dan Roslan Tahir.

Rosli berkata untuk tahun ini bermula Januari hingga Oktober, polis telah berjaya melumpuhka­n enam sindiket utama yang terlibat dengan pengedaran dadah di negeri ini.

“Ada beberapa anggota kumpulan sindiket ini yang telah ditangkap kesemuanya dan ada yang masih bebas, kita dalam usaha mengesan dan memburu suspek dan insya-Allah kita akan dapat menangkap mereka dalam tempoh terdekat.

“Hasil daripada maklumat mereka yang ditangkap ini, kebanyakan bekalan yang mereka dapat adalah dari negara jiran dan mereka yang mengedar di negeri ini hanyalah bertaraf ‘tokan’ iaitu pengedar kecil-kecilan dan tidak melibatkan jumlah yang begitu besar,” katanya.

Rosli berkata prestasi JSJN Terengganu juga menunjukka­n peningkata­n pada tahun ini berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama bermula Januari hingga 18 Oktober.

“Sehingga kini, sebanyak 12,392 kes tangkapan berjaya dicatatkan berbanding tahun lalu 10,603 kes bagi tempoh yang sama dan ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 1,789 kes atau 16.8 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia