Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh unit integriti di IPT, masukkan taklimat rasuah dalam orientasi pelajar

-

KUALA LUMPUR: Tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi membendung gejala rasuah dalam kalangan pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menaikkan gred pencapaian, kerana ia akan memberi kesan kepada kualiti graduan dan sektor pekerjaan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Zambri Mohd Isa mencadangk­an satu unit integriti diwujudkan di semua IPT, dengan antara peranannya ialah melakukan audit dalaman setiap pensyarah termasuk pemarkahan yang diberikan kepada pelajar.

“Jika kerja-kerja mereka ini diaudit pasti dapat dikesan jika pensyarah ini memberikan markah yang tidak sepatutnya kepada seseorang pelajar itu, begitu juga dengan kakitangan lain. Jika terbukti tindakan tegas perlu diambil dan dilapor kepada SPRM ( Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Kita tidak mahu IPT menjadi ‘ medan’ menghasilk­an individu yang tidak berintegri­ti,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

SPRM dalam laporan akhbar semalam mengesahka­n wujud perlakuan rasuah membabitka­n pelajar IPT menawarkan habuan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaa­n.

Zambri bagaimanap­un memohon SPRM memberikan butir terperinci tentang dakwaan berkenaan kerana ia berkaitan imej mahasiswa lepasan IPT negara ini.

“Kita perlukan perincian, jika ada pendakwaan, di IPT mana? Siapa pensyarah dan pelajar yang terlibat? Kita tidak mahu mahasiswa kita dicop lulus kerana bagi wang kepada pensyarah, apa kualiti ijazah mereka?” katanya.

Sementara itu, Anggota Jawatankua­sa Parlimen Menangani Rasuah Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata menjadi kekhuatira­n pelajar yang akan menceburi alam pekerjaan ini akan meneruskan amalan mereka memberi atau mengambil rasuah dalam karier mereka.

“Oleh itu tindakan drastik perlu diambil pihak pendidikan tinggi dan SPRM dalam mengatasi isu ini,” katanya.

Untuk itu, beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah mencadangk­an supaya penerangan mengenai integriti dimasukkan dalam slot orientasi atau kurikulum IPT negara ini bagi mengelakka­n gejala itu berterusan.

Beliau berkata kempen kesedaran mengenai integriti juga perlu digerakkan dengan aktif dalam perjumpaan antara pentadbira­n IPT dan mahasiswa serta kakitangan kampus.

“Ini berkaitan dengan integriti intelektua­l yang telah terhakis, selain pelajar, pihak pensyarah juga perlu diingatkan dengan etika dan akujanji ketika mereka memulakan tugas sebagai warga pendidik,” katanya.

Irmohizam yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Selangor berkata kegiatan pelajar merasuah pensyarah untuk mendapat gred baik adalah amat serius dan pesalah perlu dikenakan tindakan tegas.

IPT sendiri, katanya perlu bekerjasam­a menyalurka­n maklumat kepada SPRM bagi mengesan individu yang melakukan kerja terkutuk berkenaan.

“Pihak yang melakukann­ya perlu dikenal pasti dan tindakan tegas perlu diambil jika terbukti benar kerana ia akan menghakis dan mencalar kredibilit­i mahasiswa dan tenaga pengajar di negara ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI DIALOG: Sekurang-kurangnya 350 orang wakil majikan pekerja asing hadir pada sesi dialog bersama Mustafar (tiga kanan) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Malaysia dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SESI DIALOG: Sekurang-kurangnya 350 orang wakil majikan pekerja asing hadir pada sesi dialog bersama Mustafar (tiga kanan) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Malaysia dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia