Utusan Borneo (Sarawak)

70% kematian di hospital kerajaan berpunca NCD

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada setiap tahun adalah berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD), menurut kajian. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penyakit itu termasuk kencing manis atau diabetes, kanser dan tekanan darah tinggi. “Kes-kes ini terlalu banyak dan kementeria­n mahu setiap individu memainkan peranan penting dan berusaha menjaga kesihatan masing- masing. Ia bukan hanya melibatkan kerajaan ataupun syarikat swasta sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi buku panduan masakan sihat Kinohimits­u Superfood Cook- book di Auditorium Institut Jantung Negara (IJN), di sini semalam.

Dr Hilmi juga berkata hampir 50 peratus rakyat di negara ini tergolong dalam kategori gemuk dan berat badan berlebihan dengan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 25 manakala obesiti 30.

“Keadaan ini akan mendedahka­n individu itu kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit dan cara pemakanan perlu diubah,” katanya.

Mengenai buku panduan masakan sihat itu, Dr Hilmi berkata ia akan dapat membantu kerajaan menjayakan kempen cara hidup sihat.

Pengerusi Yayasan IJN Toh Puan Aishah Ong berkata hasil daripada jualan buku panduan masakan itu akan disalurkan ke tabung Yayasan IJN untuk membantu pesakit yang memerlukan dan penyelidik­an oleh doktor pakar.

Beliau berkata RM3.5 juta digunakan pada tahun lalu untuk membantu 124 pesakit miskin dari seluruh negara, 71 daripada mereka dewasa dan 53 kanak-kanak.

“Buku ini sangat berguna kerana ia menyediaka­n resipi makanan yang sihat,” katanya.

Buku yang dihasilkan dengan kerjasama Syarikat Kino Biotech itu mengandung­i 18 jenis resipi berasaskan produk kesihatan Kinohimits­u telah dijual sejak September lepas pada harga RM10 senaskhah dan boleh didapati di pusat jualan Watsons atau Lazada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia