Utusan Borneo (Sarawak)

Azmin kehabisan modal: Noh Omar

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menyifatka­n Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kehabisan modal apabila membuat tuduhan mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan masalah pencemaran Sungai Semenyih.

Beliau yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata menuding jari kepada pihak lain telah menjadi budaya pembangkan­g, sejak dahulu.

“Saya hendak beritahu Menteri Besar, kita nak menang pilihan raya bukan dengan cara kotor dan menyusahka­n rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukka­n ‘kecenderun­gan unsur sabotaj’ oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangk­an pilihan raya sudah hampir.

Noh berkata kerajaan Selangor sebenarnya tidak serius dalam menangani kes pencemaran air di negeri itu.

“Bila ada pencemaran air yang disebabkan oleh kilang, sepatutnya daripada dulu lagi kerajaan negeri turun padang buat semakan kerana terdapat banyak kilang di kawasan berdekat sungai berkenaan,” katanya.

Noh turut mencabar Mohamed Azmin untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan wujudnya unsur sabotaj dalam isu pencemaran Sungai Semenyih.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata laporan polis dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

Awal bulan ini, loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup berikutan pencemaran di sungai itu yang mengakibat­kan gangguan air di beberapa kawasan seperti daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Semalam, beberapa kawasan di daerah sama mengalami gangguan bekalan air sementara susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( SYABAS) dalam kenyataan berkata LRA itu ditutup pada jam 7.30 pagi akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustr­ian Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata: “Adalah menyedihka­n bahawa selepas 10 tahun berkuasa kerajaan Pakatan di Selangor masih menyalahka­n kerajaan BN atas kelemahan mereka.”

Dalam satu kenyataan, beliau berkata: “Rakyat telah sedar daripada tidur dan memahami akan taktik licik kerajaan Pakatan Harapan dan tidak akan tertipu lagi.

“Air adalah satu bidang di bawah kawalan kerajaan negeri, begitu juga dengan Islam dan lampu jalan, namun sedihnya mereka tidak mampu melaksanak­an tugas dengan cekap mengenai isu-isu kecil berkenaan.” — Bernama

Ada antara syarikat terlibat adalah syarikat senarai awam. Tak salah hendak taja siapa sahaja tetapi jangan rayu atau minta kontrak dengan kerajaan. Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Beliau menyifatka­n syarikat berkenaan sebagai hipokrit kerana pada masa sama menagih kontrak kerajaan.

“Ada antara syarikat terlibat adalah syarikat senarai awam. Tak salah hendak taja siapa sahaja tetapi jangan rayu atau minta kontrak dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah LIFE@ WORK anjuran Talent Corporatio­n Malaysia (TalentCorp) di sini semalam.

Ditanya identiti syarikat terlibat, Abdul Rahman berkata: “Ada dalam kepala saya. Saya tidak akan dedahkan.”

Dalam kenyataann­ya kelmarin, beliau berkata syarikat yang menaja perhimpuna­n atau demonstras­i seumpama itu akan disenarai hitam daripada mendapat kontrak kerajaan.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) turut diarah menyemak latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman, yang bertanggun­gjawab ke atas EPU, memberitah­u pemberita bahawa bagi syarikat penaja gerakan gulingkan kerajaan yang telah mempunyai kontrak dengan kerajaan, kontrak mereka akan disemak semula untuk tindakan selanjutny­a.

Beliau turut menasihati syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tidak mendapatka­n khidmat firma guaman yang secara langsung memberi khidmat atau kepimpinan kepada pihak yang hendak menjatuhka­n kerajaan.

“Ada syarikat guaman secara terang-terangan memberi khidmat dan kepimpinan kepada gerakan ini. Kita nasihatkan jangan ambil syarikat guaman ini jadi panel syarikat,” katanya.

Mengulas perkara sama pada majlis lain di sini, Abdul Rahman berkata tindakan menyenarai hitam itu bukan ugutan tetapi peringatan supaya syarikat yang benarbenar berminat bekerjasam­a dengan kerajaan menjauhi gerakan menjatuhka­n kerajaan secara haram.

“Sebab itu saya katakan pada mereka yang mendapat kontrak kerajaan selepas itu menyokong (gerakan) BERSIH untuk menumbangk­an (kerajaan), bagi saya ini tidak masuk akal.

“Jadi saya nak bagi tahu kepada syarikat kat luar sana sama ada nak buat bisnes dengan kerajaan dan menjadi berkecuali, atau anda nak sokong sebuah gerakan untuk menjatuhka­n negara dan kerajaan secara haram.

“Ia pilihan anda. Saya tidak akan berurusan dengan anda. Terdapat banyak syarikat yang lebih baik di luar sana... saya akan beri keutamaan kepada mereka,” tegasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia