Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM tidak mampu corak pentadbira­n negara seperti dilakukan UMNO: Annuar

-

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencorak pentadbira­n negara terutama melaksana inisiatif memperjuan­g nasib orang Melayu dan masyarakat keseluruha­nnya seperti telah dilakukan UMNO sekiranya pakatan pembangkan­g memenangi pilihan raya umum ( PRU) dan membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana PPBM, yang dipresiden­kan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkan­g untuk mencorak pentadbira­n, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

“Muhyiddin kata parti dia (PPBM) akan ganti perjuangan UMNO, kalau nak ganti UMNO berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, AMANAH, PKR dan PAS akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.

“Kalau ( PPBM) boleh menang paling banyak 50 kerusi ( Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbira­n negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai,” katanya di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka.

Annuar berkata UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan membela Melayu dan masyarakat negara ini secara keseluruha­nnya, maka mana mungkin parti yang dibina atas dasar kemarahan beberapa individu tertentu seperti PPBM dapat menggantik­an UMNO.

Bahkan UMNO tidak akan tergugat dengan kewujudan PPBM, katanya.

Beliau berkata tindakan anggota UMNO yang bertindak keluar parti dilihat seperti proses pembersiha­n dalam parti kerana anggota yang tidak setia dalam perjuangan parti sekiranya dibiarkan akan menjadi duri dalam daging.

“Bagus juga ada parti seperti ini ( PPBM) yang membersihk­an, mencuci ahli dalam parti kita, seperti ‘parti majlis bandar raya’,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia