Utusan Borneo (Sarawak)

Pandikar tahu lebih awal plot pembangkan­g keluar dewan

-

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengetahui lebih awal plot pembangkan­g untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentang­an Bajet 2017, Jumaat lepas.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentang­an Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman- teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaska­n kepada Ahli Parlimen berhubung larangan perbincang­an mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Tindakan keluar dewan berlaku selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkit­kan sama ada isu DoJ boleh dibincangk­an pada sesi perbahasan.

Pandikar berkata beliau sudah membuat keputusan mengenai perkara itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa ia tidak boleh dibincangk­an kerana subjudis.

“Jangan main dengan saya kerana apabila saya ambil tindakan saya serius dengan tindakan saya... apabila saya duduk di sini, yakinlah Yang Berhormat, saya akan lakukan yang terbaik untuk semua orang, tetapi jangan sampai saya diheret dalam strategi politik,” katanya.

Pembentang­an Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu dicemari tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g yang mempamerka­n plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia