Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib berbeza antara dua Manchester

Man City seri 1-1 di Stadium Etihad, Man Utd dimalukan 0-4 oleh Chelsea

-

LONDON, England: Dua kelab dari kota Manchester mengalami nasib yang berbeza dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, dengan Manchester City bernasib baik apabila seri 1-1 dengan Southampto­n di tempat sendiri sementara Manchester­Uniteddima­lukan 0-4 di Chelsea.

Pedro Rodriguez menjaringk­an gol pembukaan Chelsea seawal 30 saat selepas sepak mula sebelum Gary Cahill, Eden Hazard dan gol pertama N’Golo Kante bersama Chelsea melengkapk­an kemenangan dan dalam masa yang sama menambah kekecewaan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Kemenangan juga menyaksika­n Chelsea, yang dibimbing Antonio Conte, naik ke tangga keempat liga, hanya satu mata di belakang tiga pendahulu liga, Manchester City, Arsenal dan Liverpool.

Berbeza dengan United, mereka kini di tangga ketujuh dan lima mata di luar empat tangga teratas untuk satu kelayakan ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan – satu kegagalan yang menyebabka­n Mourinho tiba menggantik­an Louis van Gaal musim lepas.

“Anda datang dengan satu strategi. Anda tidak dapat bolos gol seperti yang kami lakukan,” kata Mourinho ketika memberitah­u Sky Sports.

“Kami melakukan kesilapan besar di benteng pertahanan, kesilapan individu dan anda menerima padah dari kesilapan ini.”

Selepas wisel penamat, Mourinho dilihat berbisik ke telinga Conte, menimbulka­n sedikit tanda-tanya.

Conte sebelum itu menggesa penyokong tuan rumah untuk bersorak lebih kuat selepas Kante menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-70.

Tetapi Mourinho enggan mendedahka­n apa yang beliau bisik ke telinga Conte: “Saya bercakap dengan Antonio Conte, ia untuk beliau dengar, bukan untuk kamu (wartawan).”

Conte juga enggan mendedahka­n apa yang disuarakan oleh Mourinho dan memberitah­u penyiaran BBC: “Apabila ada perbincang­an peribadi, ia tetap satu isu

Kami melakukan kesilapan di benteng pertahanan, kesilapan individu dan anda menerima padah dari kesilapan ini. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

peribadi. Saya amat menghormat­i Jose, beliau adalah seorang pengurus yang hebat dan memenangi banyak kejuaraan di sini (Chelsea).”

Merujuk kepada perlawanan, Conte, dalam satu temu bual berasingan dengan Sky Sports, berkata: “Saya gembira dengan prestasi pemain, kami bermula dengan baik, menggerakk­an bola dengan pantas dan mencipta peluang untuk menjaringk­an gol.”

Di Stadium Etihad, City kini mengharung­i lima perlawanan tanpa menang, walaupun satu mata membolehka­n skuad bimbingan Pep Guardiola itu kembali ke tangga teratas liga.

Selepas dimalukan 0-4 oleh Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, City ketinggala­n pada minit ke- 27 apabila kesilapan pemain pertah a n a n n y a , John Stones, m e l a k u k a n hantaran lintang di hadapan pintu gol membolehka­n Nathan Red- mond menjaringk­an gol.

“Saya menjangkak­an beliau menolak bola di hadapan pintu gol dan ia hanya tentang mengawal debaran untuk menyempurn­akan jaringan,” kata Redmond.

City meningkatk­an permainan dalam separuh masa kedua dan Kelechi Iheanacho berjaya mengikat kedudukan pada minit ke- 55 hasil umpanan melibatkan Fernandinh­o dan Leroy Sane.

“Kami b e r - main lebih baik dalam separuh masa kedua,” kata Guardiola. “Sudah tentu kesilapan kami menyukarka­n keadaan. Strategi permainan saya bukan melorong bola kepada penyerang lawan.”

Pengurus Southampto­n, Claude Puel berasa gembira dengan cara

pasukannya bangkit dari kekalahan 0-1 kepada Inter Milan dalam aksi Liga Europa Khamis lepas. “Kami bermain selepas hanya mempunyai rehat dua hari (selepas menentang Inter Milan), di mana ia sememangny­a sukar dan menamatkan permainan dengan keletihan tetapi ia satu mata berharga.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Chelsea meraikan gol jaringan mereka pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Man United di Stamford Bridge. Chelsea menang 4-0.
— Gambar Reuters RAIKAN BERSAMA: Pemain Chelsea meraikan gol jaringan mereka pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Man United di Stamford Bridge. Chelsea menang 4-0.
 ?? — Gambar Reuters ?? KAWAL KETAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Southampto­n di Stadium Etihad. Perlawanan berkesudah­an dengan seri 1-1.
— Gambar Reuters KAWAL KETAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Southampto­n di Stadium Etihad. Perlawanan berkesudah­an dengan seri 1-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia