Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho menegaskan aksi berbisik dengan Conte hanya perbualan biasa

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan rakan sejawatann­ya di Chelsea, Antonio Conte, enggan memperbesa­rkan perbualan tepi padang selepas Chelsea mencipta kemenangan bergaya 4-0 ke atas United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge Ahad lepas.

Ketika berjalan masuk ke terowong pemain selepas wisel penamat perlawanan, Mourinho yang juga bekas pengurus Chelsea, memegang kepala Conte dan seperti berbisik ke telinga pengurus dari Itali itu.

Mikrofon tepi padang mencadangk­an Mourinho menuduh Conte, dalam bahasa Itali, cuba “memalukan” pasukannya dengan menggesa penyokong tuan rumah untuk bersorak lebih kuat lagi tetapi Mourinho enggan mengulas lanjut semasa satu sidang media.

“Anda kenal dengan saya. Saya bercakap dengan Conte, bukan kamu (media),” kata Mourinho semasa sidang media selepas perlawanan.

“Saya bukan seseorang yang datang ke sini dan berkongsi apa yang saya tidak mahu kongsikan.

“Apa yang berlaku di antara saya dan Antonio, ia adalah urusan kami atau bergantung kepada beliau untuk bercakap jika beliau mahu. Ia masalah beliau, saya tidak mempunyai sebarang komen.”

Conte juga keberatan bercakap tentang perkara itu walaupun beliau mempertaha­nkan dirinya sendiri kerana membangkit­kan sorakan penonton selepas gol keempat N’Golo Kante.

“Saya fikir hari ini, ia adalah betul untuk meningkatk­an lagi sorakan penyokong,” kata beliau.

“Pada satu ketika, saya hanya mendengar penyokong Manchester United bersorak walaupun pada kedudukan 4-0.

“Jadi saya meminta penyokong memberikan pemain sorakan lebih kuat untuk permainan hebat mereka.

“Kita hidup dengan emosi. Jika anda mahu mengurangk­an emosi, anda boleh duduk di rumah dan saya akan bertukar pekerjaan.”

“Selepas kemenangan seperti ini, ia biasanya meningkatk­an keyakinan anda,” kata Conte, di mana pasukannya akan ke West Ham United untuk perlawanan Piala Liga Inggeris pada hari Rabu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEKALKAN TALIAN PERSAHABAT­AN: Pengurus Man Utd, Mourinho (kiri) berjabat tangan dengan pengurus Chelsea, Conte sebelum bermulanya perlawanan tersebut.
— Gambar Reuters KEKALKAN TALIAN PERSAHABAT­AN: Pengurus Man Utd, Mourinho (kiri) berjabat tangan dengan pengurus Chelsea, Conte sebelum bermulanya perlawanan tersebut.
 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR GAWANG: Kante (kiri) menjaringk­an gol keempat Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.
— Gambar AFP GEGAR GAWANG: Kante (kiri) menjaringk­an gol keempat Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia