Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho, Guardiola akan bersemuka lagi

-

LONDON, England: Jose Mourinho dan Pep Guardiola akan bersemuka buat kali kedua musim ini apabila Manchester United melayani kunjungan Manchester City pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris (ELC) Rabu ini. Guardiola tersenyum lebar pada pertemuan pertama kedua-dua pengurus ini pada bulan September lalu apabila menang 2-1 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris menerusi gol Kevin de Bruyne dan Kelechi Iheanacho. Tetapi City sudah hilang rentak sejak dari kemenangan itu dan membuat persediaan untuk perlawanan Rabu ini dengan keputusan seri 1- 1 dengan Southampto­n, menyebabka­n mereka tanpa kemenangan dari lima perlawanan terakhir sementara United kecundang 0-4 di bekas kelab Mourinho, Chelsea Ahad lepas. Ditanya sama ada identiti lawan mereka dalam Piala Liga akan membantu m e n g e m - balikan motiv a s i a n a k buahn y a , Mourinho memberitah­u penyiaran k e l a b , M U T V : “Saya lebih suka berm a i n dalam Liga Perdana.

Kemenangan City di United pada 10 September membentuk sebahagian dari satu tempoh enam kemenangan berturut-turut, yang mencadangk­an Guardiola mungkin mengharung­i kehidupan yang mudah di England.

Tetapi sejak seri 3-3 dengan Celtic dalam Liga JuaraJuara, ‘ bulan madu’ awal musim berakhir dengan pantas.

Mereka tewas kepada Tottenham Hotspur dan Barcelona ( Liga Juara- Juara) sebelum seri dengan Everton minggu sebelum itu dan Ahad lepas, seri lagi dengan Southampto­n.

Perlawanan tumpuan lain menyaksika­n Liverpool menentang Tottenham Hotspur di Anfield hari ini.

Kedua- dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan liga di White Hart Lane pada lewat bulan Ogos.

Liverpool, yang dibimbing Jurgen Klopp, memintas Spurs di kedudukan liga selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-1 sementara Spurs hanya seri tanpa jaringan dengan Bournemout­h.

Turut menjadi perhatian ialah pertembung­an dua kelab berjiran di ibu kota London, di mana West Ham United akan menanti kunjungan Chelsea di Stadium London.

Polis dijangka akan bertugas dalam stadium, yang akan menganjurk­an perlawanan dua kelab berjiran kota London buat kali pertama musim ini, selepas pergaduhan melibatkan penyokong West Ham semasa perlawanan lain musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia