Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Hamilton buru kejuaraan dunia keempat

-

AUSTIN, Amerika Syarikat (AS): Juara bertahan, Lewis Hamilton, mengembali­kan saingan memburu kejuaraan dunia yang keempat apabila mencipta kemenangan pertama dari enam perlumbaan terakhir, yang juga kemenangan ke-50 dalam kerjayanya di Grand Prix AS Ahad lepas.

Pemandu dari Britain itu mempamerka­n pemanduan cemerlang dari petak pertama sehingga ke garisan penamat, dengan kelebihan lima saat di hadapan rakan sepasukann­ya di Mercedes, Nico Rosberg.

Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull, menduduki tempat ketiga, diikuti Sebastian Vettel di tempat keempat tetapi rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen, terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas masalah tayar belakang.

Tetapi sekali lagi, dua pemandu Mercedes mencuri perhatian dengan Hamilton merapatkan jurang di belakang pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Rosberg dari 33 kepada 26 mata dengan baki tiga perlumbaan sahaja lagi musim ini.

Hamilton bagaimanap­un sedar, walaupun jika beliau menang kesemua baki tiga perlumbaan, Rosberg tetap akan memenangi kejuaraan dunia sekiranya menduduki tempat kedua untuk baki tiga perlumbaan.

Rosberg berkata: “Saya hilang sedikit rentak di permulaan perlumbaan tetapi saya memberikan segalagala­nya selepas itu untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.”

Ia adalah kemenangan ketujuh Hamilton musim ini tetapi yang pertama sejak Grand Prix Jerman pada bulan Julai, di mana Rosberg kemudian menguasai saingan.

Rakan sepasukan Ricciardo, Max Verstappen, turut gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah mekanikal, membolehka­n Fernando Alonso dari McLaren menduduki tempat kelima selepas memintas Carlos Sainz pada akhir perlumbaan.

Hamilton ada menyuaraka­n kebimbanga­n sebelum perlumbaan tentang enjinnya – yang dipasang dengan sistem suntikan minyak baharu pada hari Jumaat – tetapi beliau melakukan permulaan perlumbaan yang sempurna.

Beliau mendahului dari petak pertama yang ke-58 dalam kerjayanya ketika Ricciardo melonjak dari petak ketiga ke kedudukan kedua pada selekoh pertama.

Raikkonen menamatkan perlumbaan dengan satu situasi yang pelik, di mana kereta beliau tiba-tiba berhenti di luar lorong keluar pit dan berundur kembali ke pit.

Ferrari kini dalam siasatan kerana membenarka­n kereta meninggalk­an pit dengan tayar tidak dikunci rapat. Raikkonen berkata alat pengunci tayar masih melekat pada tayarnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Hamilton meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan Rosberg, bintang tenis wanita Venus William dan kru Mercedes semasa aksi Formula Satu GP di Litar The Americas di Austin, AS.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Hamilton meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan Rosberg, bintang tenis wanita Venus William dan kru Mercedes semasa aksi Formula Satu GP di Litar The Americas di Austin, AS.
 ?? — Gambar Reuters ?? MILIKKU: Del Potro menjulang trofi yang dimenangi selepas menumpaska­n Sock pada final Terbuka Stockholm.
— Gambar Reuters MILIKKU: Del Potro menjulang trofi yang dimenangi selepas menumpaska­n Sock pada final Terbuka Stockholm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia