Utusan Borneo (Sarawak)

Hanifah serah kepada Exco FAS untuk memilih calon presiden

-

KUCHING: Penasihat Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Hanifah Hajjar Taib Alsree menyerahka­n kepada Jawatankua­sa Eksekutif (Exco) FAS membuat keputusan bagi memilih calon berkelayak­an menerajui badan induk bola sepak negeri itu.

Menurutnya, apa yang penting ialah menjalanka­n pemilihan individu yang sesuai menggalas tugas itu demi Sarawak, FAS dan penyokong skuad Ngap Sayot.

“Tidak semestinya saya menggalas tugas itu (presiden), tidak perlu jadi presiden, saya tetap menyokong pasukan Sarawak.

“Namun apa yang penting, Exco harus membuat keputusan tepat memilih sesiapa yang layak,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan Liga Super 2016 antara Sarawak menentang PDRM malam Sabtu lalu.

Hanifah menjelaska­n perkara itu ketika diminta mengulas sama ada beliau bersedia mengisi kerusi presiden FAS yang ditinggalk­an oleh Datu Sudarsono Osman pada September lalu.

Katanya, pemilihan atau pencalonan presiden baharu adalah hak Exco FAS untuk menentukan dan terpulang kepada mereka melantik sesiapa dirasakan layak.

“Dari segi peranan saya sekarang (penasihat), saya sedia membantu Sarawak dari pelbagai sudut termasuk memberi motivasi supaya untuk menjadi positif, sokongan moral.

“Malah, membantu keperluan yang mampu meningkatk­an prestasi pasukan, itu saya akan lakukan, tetapi tidak semestinya saya yang ada jadi presiden,” ujarnya.

Namun, sekiranya Exco sebulat suara memilihnya sebagai presiden, Hanifah berkata banyak perkara perlu dipertimba­ngkan kerana enggan tergesa-gesa.

Menurutnya, tugas itu merupakan amanah dan tanggungja­wab yang berat untuk dipikul sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kalau kita tidak terdaya memikul tanggungja­wab tersebut, ia satu dosa kerana sudah diamanahka­n kepada kita.

“Jadi, kita mesti lihat terlebih dahulu kerana banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimba­ngkan sebelum bersetuju mengisi kekosongan tersebut,” jelasnya.

Setelah dilantik sebagai penasihat FAS, terdapat khabar angin mengatakan Hanifah bakal menjadi presiden badan induk itu sekali gus menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu di negara ini.

Bagaimanap­un, persoalan itu hanya akan terjawab selepas sesi Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS yang dijangka berlangsun­g awal tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia