Utusan Borneo (Sarawak)

Boling Cabaran Klasik Megalanes kembali lagi

-

MIRI: Pertanding­an boling Cabaran Klasik Megalanes kembali lagi dengan dua siri kejohanan menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada pemenang utama.

Jurucakap penganjur, Jestini Kaboh memberitah­u pertanding­an dua hari itu diadakan pada 3 dan 4 Disember akan datang di pusat boling tersebut.

“Sementara itu, kami menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 untuk pemenang tempat kedua dan RM800 untuk pemenang tempat ketiga,” katanya sambil menambah hadiah wang tunai turut diberi kepada pemenang tempat keempat hingga ke-20.

“Bagi tempat keempat kami menawarkan hadiah wang tunai RM500, diikuti RM350 untuk tangga kelima, RM250 untuk tangga keenam dan ketujuh, RM100 untuk tempat kelapan hingga ke-12 dan RM50 untuk tempat ke13 hingga ke-20,” katanya di sini semalam.

Pada masa sama, hadiah khas turut diberikan kepada pemain terbaik dengan purata 185 mata ke atas, purata 171 hingga 184, purata 151 hingga 170 dan purata 150 mata ke bawah turut menerima hadiah wang tunai masingmasi­ngnya.

Menurutnya, format pertanding­an ialah dengan 10 pin dan setiap pemain akan bermain dalam 10 perlawanan.

Pertanding­an ini juga mempunyai dua blok dengan Blok 1 diadakan pada 3 Disember dan Blok 2 pada 4 Disember.

Yuran pendaftara­n ialah RM280 tetapi bagi mereka yang mendaftar lebih awal iaitu dari 18 Oktober hingga 6 November depan diskaun diberikan dan mereka hanya perlu membayar RM250 sahaja.

Namun bagi yang hanya berminat bermain di salah satu blok maka yuran penyertaan RM200 seorang dengan tarikh mendaftar pada 27 November depan.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubung­i Jestini di talian 013-8242776 dan Patrick Ng ( 019- 8864323) atau pejabat Megalanes East di talian 085-430141/430142 atau e-mel kepada penganjur menerusi megalanese­ast@ yahoo.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia