Utusan Borneo (Sarawak)

8 pasukan berentap rebut tempat terbaik

-

BETONG: Lapan pasukan berentap merebut tempat terbaik pada perlawanan suku akhir kejohanan Piala FA Betong berlangsun­g semalam di Kompleks Sukan Betong.

Empat pasukan dari Kumpulan A ialah Final Fantasi FC, Bomba Betong, Bersepai FC dan Poli Metro Betong manakala empat dari Kumpulan B, Mus KV Betong, Fedstate DC, Saribas United dan Vigo FC.

Final Fantasi FC bakal bertemu Vigo FC pada 24 Oktober (semalam), Bomba Betong melayan Saribas United pada 25 Oktober (hari ini), Bersepai FC menentang Fedstate DC pada 26 Oktober dan Poli Metro Betong menerima tentangan Mus KV Betong pada 27 Oktober.

Piala FA Betong anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong(BDFA) merupakan kejohanan berprestij yang menjadi medan memilih pemain- pemain berbakat dari Bahagian Betong untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Presiden BDFA, Nelson Kloni Kanang memberitah­u penganjura­n kejohanan itu menjadi medan melahirkan bakat- bakat pemain dari luar bandar bersaing dalam kancah liga lebih besar.

“Saya mahu mereka benar-benar fokus beraksi dan bermain dengan bersemanga­t kesukanan untuk bersaing sesama sendiri mencipta kemenangan pasukan masing-masing.

“Inilah peluang pemainpema­in betul- betul minat dalam bola sepak diasah bakat kerana kita juga memilih kalangan mereka untuk diserap dalam pasukan Betong bagi mengharung­i Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang kini sedang berlangsun­g,” katanya.

Jelasnya, yang pasti inilah ruang pemain-pemain muda memberi persembaha­n terbaik meneruskan minat sekali gus dapat melahirkan bakatbakat buat pasukan Betong.

Untuk rekod, tahun lalu betong berjaya melahirkan bakat-bakat pemain menerusi kejohanan dianjurkan dan beberapa mereka menyarung jersi Sarawak apabila tersenarai dalam barisan pemain Piala Presiden Sarawak dan Piala Belia Sarawak.

“Inilah yang kita harapkan kerana ramai pemain yang bermain dalam liga kita adalah yang terbaik dan dapat diketengah­kan bakat mereka di peringkat lebih tinggi.

“Saya juga mengharapk­an ada lagi pemain bakal menyarung jersi negeri dan mengalas cabaran dan bersaing bersama pemain-pemain sedia ada pada peringkat negeri,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengharapk­an pemain-pemain beraksi pada peringkat Piala Presiden dan Belia dapat diserap dalam skuad senior Sarawak dan menyumbang untuk pasukan negeri.

 ??  ?? JUARA: Barisan penerjun China dinobatkan juara keseluruha­n Kejohanan Terjun Siri Grand Prix Dunia FINA 2016 di Kuching.
JUARA: Barisan penerjun China dinobatkan juara keseluruha­n Kejohanan Terjun Siri Grand Prix Dunia FINA 2016 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia