Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sarikei tingkat kemahiran melalui Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan

-

GOLONGAN warga emas dan muda memberikan maklum balas baik terhadap Seminar Penjagaan Warga Emas bertemakan ‘Siapalah Kita Tanpa Mereka - Old Is Gold’ yang dilangsung di Dewan Kuliah Pusat 2A Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, baru-baru ini.

Seminar anjuran Persatuan Kebajikan Perkhidmat­an Psikiatri Hospital Bintulu, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Hospital Bintulu dan Hospital Columbia Asia mendapat sambutan ramai yang memenuhi dewan kuliah universiti berkenaan.

Empat pakar menyampaik­an ceramah pada seminar itu terdiri daripada Pakar Perunding Psikiatri Warga Emas (Psikogeria­trik) merangkap Pengarah Hospital Sentosa Kuching Dr Ismail Drahman, Pakar Perubatan Klinikal Jabatan Perubatan Hospital Bintulu Dr Fong Si Lei, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman UPMKB Dr Susilawati Kassim dan Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Hospital Bintulu Mariam Metamin.

Seminar itu khusus untuk orang ramai berminat terhadap penjagaan warga emas dan mempunyai hubungan dengan warga emas.

Sempena seminar itu aktiviti lain yang diadakan ialah saringan kesihatan secara percuma, aktiviti jualan segar dari ladang, jualan amal, pameran kesihatan mental dan pameran pertanian.

Penceramah pertama yang menyampaik­an ceramah pada seminar itu ialah Dr Ismail. SERAMAI 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah mengikuti Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan anjuran Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, kursus ini dianjurkan bagi memperting­katkan kemahiran dan pengetahua­n anggota bomba dalam bidang berkaitan.

“Latihan ini amat penting bagi Pegawai Bomba Bantuan agar kemahiran dan pengetahua­n mereka selaras dengan pegawai sepenuh masa dengan tujuan agar kerjakerja operasi seperti pemadaman kebakaran dan kerja menyelamat yang lain menjadi lebih efektif, profesiona­l dan mengukuhka­n kerja berpasukan.

“Kita mahu anggota sedar bahawa tanggungja­wab dan peranan mereka dalam langkah menyelamat itu haruslah serasi dan seimbang dengan keadaan, agar mangsa yang terlibat dengan kemalangan dapat diselamatk­an,” katanya kepada media, sebaik sahaja kursus terbabit selesai dijalankan.

Kursus ini telah dijalankan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 17 hingga 19 Oktober.

Kursus ini telah dikendalik­an oleh Pegawai Bomba Kilok Lampas sebagai penyelaras program, jurulatih dan penceramah Pegawai Bomba Kanan II Tahir Tuah dan pegawai bomba Charles Kesler sebagai fasilitato­r.

Antara pengisian pada kursus ini ialah teori asas mencari dan menyelamat berkaitan dengan bacaan peta dan kompas, teori menyelamat di air dan juga teknik menyelamat dan membawa mangsa ke lokasi yang selamat.

Sehubungan dengan kursus tersebut, Suna berharap anggota-anggota yang terlibat mendapat menfaat dan pengetahua­n yang sewajarnya.

“Melalui segala pengetahua­n dan tunjuk ajar yang telah mereka timba ini, kita berharap segala bentuk kesilapan dan perkara yang tidak diingini dari berlaku sewaktu kerjakerja menyelamat dapat dielakkan,” ujar Suna lagi.

 ??  ??
 ??  ?? TINGKATKAN KEMAHIRAN: Anggota bomba yang terlibat dengan Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan memberikan tumpuan terhadap sesi latihan yang dianjurkan.
TINGKATKAN KEMAHIRAN: Anggota bomba yang terlibat dengan Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan memberikan tumpuan terhadap sesi latihan yang dianjurkan.
 ??  ?? TAMAT: Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan anjuran Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
TAMAT: Kursus Remedial Pegawai Bomba Bantuan anjuran Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 ??  ?? BERI TUMPUAN: Peserta seminar memberi tumpuan penuh terhadap ceramah yang disampaika­n.
BERI TUMPUAN: Peserta seminar memberi tumpuan penuh terhadap ceramah yang disampaika­n.
 ??  ?? KONGSI ILMU: Dr Ismail menyampaik­an ceramahnya berkaitan dengan warga emas.
KONGSI ILMU: Dr Ismail menyampaik­an ceramahnya berkaitan dengan warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia