Utusan Borneo (Sarawak)

Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 yang terbesar

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

PROGRAM Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 mencatatka­n rekod kehadiran terbesar iaitu seramai 13,000 orang selepas sembilan edisi dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bermula seawal jam 8 pagi, 15 Oktober lalu, menyaksika­n ruang Dewan Tun Razak dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sarawak terutamany­a penuntut institut pengajian tinggi di Semenanjun­g Malaysia.

Karnival tahunan itu bertambah meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.

Program tersebut dimulakan dengan ekspo kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan penuntut Sarawak di sana.

Selain itu, pengisian Randau Bersama Menteri atau Tanya Menteri turut menarik minat pengunjung untuk bertanya soalan serta berdialog secara terus bersama barisan pemimpin kerajaan negeri dan persekutua­n.

Di samping itu, golongan usahawana juga tidak ketinggala­n diberi peluang memasarkan serta memperkena­lkan produk masing-masing pada ekspo berkenaan.

Kelibat pemimpin nombor satu negeri, Adenan tenang ketika diajukan soalan serta memberikan penerangan semasa menjadi tetamu khas dalam slot eksklusif, Santai Bersama Tok Nan.

Pada sebelah malamnya pula, iaitu kemuncak, majlis makan malam dan pelancaran program tersebut disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diiringi isterinya, Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib. Hadir sama, Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Penganjur Program Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani serta pemimpinpe­mimpin negeri lain. Majlis makan malam itu turut diselitkan dengan beberapa persembaha­n kebudayaan dan nyanyian daripada artis-artis tempatan kelahiran Sarawak.

 ??  ?? SUARA EMAS: Adenan mendendang­kan sebuah lagu bertajuk The Young Ones sebaik tiba di dalam Dewan Tun Razak, PWTC.
SUARA EMAS: Adenan mendendang­kan sebuah lagu bertajuk The Young Ones sebaik tiba di dalam Dewan Tun Razak, PWTC.
 ??  ?? TERBESAR: Ribuan anak Sarawak yang berada di Semenanjun­g Malaysia menghadiri majlis makan malam Program Lan Berambeh edisi ke-9 di PWTC.
TERBESAR: Ribuan anak Sarawak yang berada di Semenanjun­g Malaysia menghadiri majlis makan malam Program Lan Berambeh edisi ke-9 di PWTC.
 ??  ?? LEPAS RINDU: Anak Sarawak yang merindui masakan tempatan seperti mi kolok dan laksa Sarawak berpeluang menikmati sajian yang dibawakan khas dari Bumi Kenyalang.
LEPAS RINDU: Anak Sarawak yang merindui masakan tempatan seperti mi kolok dan laksa Sarawak berpeluang menikmati sajian yang dibawakan khas dari Bumi Kenyalang.
 ??  ?? DILANCAR: Tun Taib dan Adenan bersama pemimpin-pemimpin lain menyempurn­akan pelancaran Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 di PWTC, Kuala Lumpur.
DILANCAR: Tun Taib dan Adenan bersama pemimpin-pemimpin lain menyempurn­akan pelancaran Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 di PWTC, Kuala Lumpur.
 ??  ?? WAWANCARA: Adenan diwawancar­a Datuk Seri Affendi Norwawi dalam slot eksklusif Santai Bersama Tok Nan.
WAWANCARA: Adenan diwawancar­a Datuk Seri Affendi Norwawi dalam slot eksklusif Santai Bersama Tok Nan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia