Utusan Borneo (Sarawak)

Nahwan Nur, CG Fannan juara Festival Nasyid Kebangsaan

-

FESTIVAL Nasyid Kebangsaan Ke-23 telah pun menutup tirainya pada Sabtu lepas dengan menobatkan kumpulan Nahwan Nur dari Selangor muncul juara Kategori Moden dan kumpulan CG Fannan dari Kelantan menjuarai Kategori Tradisi dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 serta piala iringan.

Dalam majlis penutupan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Bukit Katil, Melaka itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata garis panduan hiburan amat penting bagi memastikan umat Islam tidak tersasar daripada landasan syarak terutamany­a dalam menghadapi perubahan zaman yang menampilka­n dunia tanpa sempadan.

Katanya, garis panduan itu juga penting rentetan hiburan masa kini semakin meluas dan bercampur aduk dengan perkara yang melalaikan serta diharamkan.

Justeru itu, katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluark­an garis panduan hiburan untuk pihak yang terlibat dengan industri hiburan tanah air dalam melaksanak­an sesuatu program atau acara.

“Islam tidak melarang umatnya berhibur dan mendengar muzik...seni suara yang sesuai dengan halwa telinga dapat menenangka­n hati dan menghiburk­an jiwa.

“Namun, menurut perspektif Islam karya seni itu perlulah mendorong kepada kebaikan serta mengajak kita kepada tauhid dan pengabdian diri kepada Allah serta melahirkan manusia berakhlak mulia,” katanya.

Jamil Khir berkata garis yang memisahkan sama ada hiburan itu dibolehkan atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan itu mencapai maksud dan prinsip Islam, yang menekankan kesejahter­aan manusia serta menolak sebarang kerosakan.

“Unsur yang mempromosi­kan pemikiran dan kefahaman ajaran selain Islam hendaklah dielakkan dalam program hiburan. Dalam hal ini, antara elemen penting menentukan hiburan itu dibolehkan ialah keperibadi­an serta penampilan artis, persembaha­n iaitu aspek seni pentas, nyanyian dan tarian,” jelasnya.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MODEN: Johan kumpulan nasyid bagi kategori moden Kumpulan Hanwan Nur dari Selangor. TRADISI: Johan kumpulan nasyid bagi kategori Tradisi, Kumpulan CG Fannan dari Kelantan meraikan kemenangan pada Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-23 Tahun...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama MODEN: Johan kumpulan nasyid bagi kategori moden Kumpulan Hanwan Nur dari Selangor. TRADISI: Johan kumpulan nasyid bagi kategori Tradisi, Kumpulan CG Fannan dari Kelantan meraikan kemenangan pada Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-23 Tahun...
 ?? — Gambar AFP ?? Aktor terkemuka Hollywood Will Smith (kanan) bersama isteri, Jada PinkettSmi­th (dua kanan) dan anak-anaknya (dari kiri) Trey Smith, Willow Smith dan Jaden Smith semasa tiba untuk Anugerah EMA yang ke-26 di lot studio Warner Bros di Burbank pada 22...
— Gambar AFP Aktor terkemuka Hollywood Will Smith (kanan) bersama isteri, Jada PinkettSmi­th (dua kanan) dan anak-anaknya (dari kiri) Trey Smith, Willow Smith dan Jaden Smith semasa tiba untuk Anugerah EMA yang ke-26 di lot studio Warner Bros di Burbank pada 22...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia