Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBS bantah IPG Gaya dan IPG Keningau ditutup

Menjejaska­n ratusan kakitangan, beribu-ribu guru pelatih

-

KENINGAU: Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat akan mengemukak­an bantahan kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cadangan untuk menutup Institut Pendidikan Guru ( IPG) Gaya dan Keningau.

Ketuanya Datuk Jake Jikulin Nointin berkata, di Malaysia terdapat 27 IPG yang bertujuan melahirkan guru untuk mendidik anak bangsa yang sentiasa bertambah setiap tahun.

Katanya daripada jumlah itu, empat di Sarawak, empat di Sabah sementara selebihnya di Semenanjun­g Malaysia.

“Sekiranya ada cadangan penutupan untuk ‘mengurangk­an kos’ pilihlah daripada 20 yang ada di Semenanjun­g kerana kita tidak rela kehilangan walaupun sebuah IPG lagi setelah kehilangan IPG Sandakan suatu ketika dahulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan (bukan Utusan Borneo) bertarikh 20 Oktober yang memetik KPM melalui mesyuarat rasmi penyelaras­an Status IPG Malaysia yang diadakan di Pejabat Kampus Bahasa Melayu IPG Kuala Lumpur pada 11 Oktober bercadang mahu menutup kedua-dua IPG itu (Gaya dan Keningau) dengan alasan ‘tidak berkesan dari segi kos’.

Jake yang juga Ketua PBS Bahagian Liawan menyifatka­n penutupan itu akan menjejaska­n ratusan kakitangan dan beribu-ribu guru pelatih yang bertugas serta belajar di IPG berkenaan.

Katanya, ia belum termasuk kakitangan sokongan dan pekerja sementara yang bakal kehilangan pekerjaan.

Menurut beliau, cadangan itu juga dilihat tidak masuk akal dan amat tidak selari dengan pengumuman Perdana Menteri dua tahun lalu bahawa tiga tahun akan datang sebanyak 90 peratus guru sekolah rendah dan menengah di Sabah dan Sarawak adalah anak tempatan.

“Dari segi sejarah, keduadua IPG ini telah banyak berjasa dan melahirkan ramai guru serta pegawai Jabatan Pendidikan negeri dan Kementeria­n Pendidikan, malah pernah melahirkan pemimpinpe­mimpin politik Sabah yang berkaliber.

“IPG Keningau yang mula dibina pada 1982 dan mula mengambil pelajar pada tahun 1985 adalah satu-satunya IPG di mana lokasinya di luar bandar dan menjadi kebanggaan penduduk pedalaman,” katanya.

Jake berkata, keperluan sebuah maktab perguruan telah disuarakan oleh penduduk pedalaman melalui bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Suffian Koroh yang merupakan pemimpin pedalaman pada ketika itu dan ia menyebabka­n IPG menjadi aspirasi warga pedalaman yang harus dihormati.

Menurut beliau IPG Gaya pula ialah salah sebuah institut perguruan yang tertua dan banyak melahirkan warga guru berwibawa. IPG itu dibina sebelum Sabah merdeka dan telah dibuka oleh Governor British Borneo Utara, Sir William Goode pada 4 Julai 1963.

Katanya, IPG itu dibina untuk memenuhi keperluan guru-guru bahasa Inggeris di sekolah-sekolah aliran Melayu pada ketika itu.

“Pemuda PBS mencadangk­an agar IPG ini khususnya IPG Keningau dijadikan sebagai IPG pengkhusus­an melatih bakal guru dalam bahasa ibunda Sabah seperti Kadazan Dusun Murut dan sebagainya agar dapat diterapkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Di samping itu, jadikan IPG ini khusus untuk rakyat kelahiran Sabah agar masalah kekurangan guru khususnya di luar bandar dapat diatasi. Ini juga dapat merealisas­ikan peratusan guru tempatan 90: 10 dengan secepatnya, malah dapat mengatasi masalah perpindaha­n guru-guru dari Semenanjun­g yang saban tahun memohon perpindaha­n,” katanya.

Jake berkata, menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun 2015, seramai 2,284 guru memohon balik ke negeri masing-masing di Semenanjun­g.

Katanya, IPG Kampus Keningau wajar dikekalkan sebagai sebuah institusi kajian peribumi yang mengangkat martabat bahasa-bahasa etnik peribumi negeri ini.

Menurut beliau kecemerlan­gan IPG Keningau sudah terbukti dengan pelbagai kajian dan program yang telah dilaksanak­an melalui unit Pedagogi Pedalaman iaitu sebuah unit cukup signifikan yang diwujudkan di IPG Keningau.

Beliau memberitah­u penutupan IPG Keningau akan menyebabka­n kawasan pedalaman kehilangan ikon IPG yang cukup berkepakar­an dalam konteks Pedagogi Pedalaman dan memainkan peranan dalam membuka peluang pendidikan guru kepada anak-anak tempatan Sabah khususnya sekitar pedalaman negeri ini.

“IPG Keningau juga perlu dikekalkan kerana ia adalah satu-satunya IPG di kawasan pedalaman yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam beberapa bidang khususnya kepada anak-anak tempatan negeri ini yang berasal dari kawasan pedalaman.

“Ini memberi peluang kepada anak-anak tempatan negeri ini khususnya dari pedalaman untuk mendapatka­n ijazah dalam bidang pendidikan tanpa perlu melanjutka­n pengajian dalam bidang berkaitan di institusi-institusi yang jauh dan memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

Katanya, Pemuda PBS menggesa agar Kementeria­n Pendidikan memikirkan cadangan itu dan sebarang keputusan haruslah dibuat selepas berbincang dengan kerajaan negeri, dan yang penting mengambil kira sentimen rakyat negeri ini. SANDAKAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanak­an penerbanga­n ihsan bagi membawa seorang pesakit anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) dari Sandakan ke Subang, kelmarin.

Pesawat C130 TUDM yang melakukan ‘medical evacuation’ (MEDEVAC), telah berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan di sini kira-kira jam 3.40 petang.

828025 BM TMK Mohd Hata Salleh, 33, berasal dari Mersing, Johor telah mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya di kawasan Batu 4, di sini, pada 21 September lalu.

Beliau merupakan Bintara Teknikal kepada Skuadron Bot Kombat (CB90 HEX) yang berpangkal­an di Markas Pangkalan Hadapan TLDM Sabah Timur (MPHST).

Beliau yang turut ditemani oleh ibu dan adiknya akan menerima rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Mizan).

Panglima Pangkalan Hadapan Laksamana Datuk Saifudin Kamarudin ketika ditemui berkata, TUDM turut membuat penerbanga­n khas memberi perhatian sepenuhnya kepada kebajikan anggota ATM khususnya yang mengalami masalah kesihatan.

 ??  ?? JAKE
JAKE
 ??  ?? DITANGKAP: Beberapa warga asing yang bersembuny­i di dalam semak berjaya ditangkap dalam Ops Bersepadu PATI.
DITANGKAP: Beberapa warga asing yang bersembuny­i di dalam semak berjaya ditangkap dalam Ops Bersepadu PATI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia