Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan sumber perlu efektif, jamin pengeluara­n makanan

-

SANDAKAN: Iklim dunia yang sentiasa berubah memerlukan pengurusan sumber termasuk tanah dan air yang efektif bagi menghasilk­an pengeluara­n makanan yang mampan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Yahya Hussin berkata kaedah dan persediaan perancanga­n yang rapi perlu bagi mengadapta­si perubahan iklim yang menyebabka­n banjir dan kemarau luar biasa.

Katanya, sistem pemulihara­an kesuburan tanah pertanian dan sumber air pengairan yang efektif mampu untuk menentukan kelestaria­n hasil pertanian.

Menurutnya mengikut sumber Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 40 peratus daripada peningkata­n pengeluara­n makanan datang dari kawasan yang disediakan dengan sistem pengairan dan saliran.

“Hal demikian memerlukan kreativiti dan inovasi terhadap ilmu, teknologi, polisi dan pengurusan pertanian sedia ada,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Serantau Pertanian Lestari anjuran Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampus Batu 10 dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Cancelor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS Prof Dr Wan Mohamad Wan Othman.

Sehubungan itu, Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mahu penyelidik UMS memainkan peranan utama menghasilk­an idea dan memperkena­lkan teknologi yang dapat diadaptasi dalam memodenkan sektor pertanian negara walaupun berhadapan dengan cabaran besar.

Katanya idea dan teknologi itu antaranya boleh ditumpu- kan dalam bidang agronomi, penjentera­an pertanian, sistem pengairan, akuakultur dan ternakan haiwan.

Beliau berkata kementeria­nnya sentiasa bersedia bekerjasam­a dengan penyelidik UMS dalam menentukan kaedah pertanian lestari dan efektif bagi penanaman sumber makanan.

Menurutnya ini termasuk meminta UMS membantu pegawai dan kakitangan di kementeria­nnya untuk kursus penyegaran dan perkongsia­n ilmu serta penemuan baharu dalam bidang pertanian. — Bernama

 ??  ?? INOVATIF: Shahril (sembilan kiri) bersama pihak penganjur dan pemenang Young Innovative Sabah Competitio­n 2016.
INOVATIF: Shahril (sembilan kiri) bersama pihak penganjur dan pemenang Young Innovative Sabah Competitio­n 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia