Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kesesakan Papar-Lok Kawi bakal berakhir

-

PAPAR: Masalah kesesakan di laluan jalan baharu PaparLok Kawi bakal berakhir apabila kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n projek bagi naik taraf laluan terbabit dalam pembentang­an Bajet 2017, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek itu akan merangkumi laluan sejauh 24 kilometer (km) bermula dari Lok Kawi-Pengalat hingga ke Bulatan Pekan Papar.

Katanya, penaiktara­fan itu bukan sahaja akan memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya di daerah Papar untuk ke Kota Kinabalu tetapi juga pengguna lainnya.

“Kita amat menghargai keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keperluan rakyat di Papar. Projek ini juga sudah pasti akan merangsang pertumbuha­n ekonomi di sepanjang laluan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Malam Mesra Sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Papar Henry Kenneth Lawrence.

Dalam pada itu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menyifatka­n Bajet 2017 se- bagai satu pelan ekonomi yang mantap dan berorienta­sikan kesejahter­aan rakyat di semua peringkat.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata belanjawan itu turut memperliha­tkan usaha holistik kerajaan khususnya dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat di negara ini.

“Secara umumnya, Bajet 2017 adalah satu belanjawan yang bersifat pragmatik dan memenuhi kepentinga­n seluruh peringkat masyarakat di negara ini.

“Kita dapat melihat komitmen Perdana Menteri yang secara jelas memberi fokus kepada usaha menangani peningkata­n kos sara hidup rakyat,” katanya. KOTA KINABALU: Pelajar sekolah menengah kini perlu membangunk­an kemahiran sebelum melangkah ke alam universiti.

Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shahril Yusof berkata, ia adalah bagi meningkatk­an lagi pencapaian diri setiap pelajar dalam pelbagai kemahiran termasuk sains dan inovasi.

“Pencapaian dalam pembelajar­an sahaja tidak mencukupi kerana pelajar perlu ada kemahiran lain sebelum ke universiti.

“Jika anda tidak berubah, kita tidak dapat meningkatk­an diri kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan ‘Young Innovative Sabah Competitio­n 2016’, di sini kelmarin.

Menurutnya, perubahan dalam pembelajar­an di universiti juga perlu diubah mengikut peredaran masa.

Katanya, pelajar perlu menanam nilai berinovasi, mempunyai sifat berani dalam meluahkan perasaan, penyelesai­an masalah dan mempunyai daya komunikasi yang baik.

“Ini yang amat diperlukan pada masa akan datang dan saya sering mengatakan kepada pensyarah-pensyarah UMS agar melakukan transforma­si dalam pembelajar­an.

“Tranformas­i ini juga bagus sekiranya dapat dilakukan di peringkat sekolah menengah lagi,” katanya.

Sharil berkata, walaupun program berkenaan adalah kali pertama diadakan di Sabah, ia memberi manfaat kepada pelajar UMS untuk menjadi mentor kepada 18 sekolah yang menyertai pertanding­an berkenaan.

Beliau berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memajukan aktiviti berkaitan sains dan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah khususnya di Sabah.

Untuk itu, beliau akan cuba mendapatka­n dana daripada pihak universiti untuk menjayakan program berkenaan kelak.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya dinobatkan sebagai pemenang pertanding­an berkenaan.

Manakala, naib johan serta tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Sekolah Menengah (SM) St Michael dan SM All Saint.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Rosnah (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada penganjur majlis.
TERIMA KASIH: Rosnah (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada penganjur majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia