Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia harap hubungan dengan Thailand terus dipertingk­atkan

Hubungan baik merangkumi diplomatik dan perdaganga­n, keselamata­n

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap hubungan baik dengan Thailand sepanjang negara itu berada di bawah pemerintah­an Raja Bhumibol Adulyadej, terus dipelihara dan dipertingk­at walaupun selepas kemangkata­n baginda.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan baik itu bukan hanya membabitka­n hubungan diplomatik dan perdaganga­n tetapi juga dalam soal keselamata­n di sempadan kedua-dua negara berjiran.

Katanya, selama 70 tahun berada di takhta, Raja Bhumibol yang mangkat pada 13 Okt lalu, telah menunjukka­n keprihatin­an baginda terhadap hubungan kedua-dua negara dan sentiasa mempertaha­nkannya.

“Dengan kemangkata­n baginda, rakyat Malaysia mengharapk­an hubungan dapat diteruskan terutama dalam program-program keselamata­n, antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand serta angkatan tentera keduadua negara yang sedia rapat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas menandatan­gani Buku Takziah sebagai penghormat­an terhadap Raja Bhumibol, di kediaman Duta Besar Thailand di Malaysia Damrong Kraikruan di Jalan Ampang di sini. Beliau turut merakamkan rasa simpati dan takziah kepada Damrong.

Timbalan perdana menteri yang turut merakamkan rasa simpati kepada rakyat Thailand atas kemangkata­n raja yang disayangi mereka, berharap mereka terus menjaga negara mereka dengan sebaik-baiknya demi keutuhan dan kestabilan bukan hanya di Thailand tetapi juga rantau ini.

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid ke kediaman duta besar Thailand itu pada kira- kira 12.45 tengah hari disambut Damrong dan isterinya Suwanna Phukphat serta kakitangan kedutaan. Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Raja Bhumibol, yang me- merintah Thailand selama 70 tahun selepas menaiki takhta pada 1946, mangkat pada 3.52 petang 13 Okt lalu di Hospital Siriraj, seperti diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja Thailand.

Baginda berusia 89 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN TAKZIAH: Ahmad Zahid menandatan­gani buku takziah susulan kemangkata­n Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, di Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN TAKZIAH: Ahmad Zahid menandatan­gani buku takziah susulan kemangkata­n Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, di Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia