Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berada pada landasan, capai sasaran Pembanguna­n Lestari PBB 2030

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan untuk mencapai sasaran Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2030, menurut Penyelaras Residen PBB di Malaysia Michelle Gyles-McDonnough.

“Dengan mempunyai kerajaan yang memandang ke hadapan, sektor swasta yang cemerlang, ketersambu­ngan tinggi jalur lebar dan tolakan kepada inovatif, Malaysia berada dalam ruang yang betul untuk melaksanak­an SDG dan memimpin ke arah usaha itu di rantau ini.

“Bagaimanap­un, pertumbuha­n dan kemajuan hanya dapat dikekalkan jika ia dilaksanak­an secara inklusif dengan memastikan tidak ada yang ketinggala­n,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari PBB 2016 di sini, semalam.

Gyles-McDonnough berkata kerajaan Malaysia telah menjalanka­n satu daripada jurang analisis SDG yang paling komprehens­if dalam kalangan negara-negara se- takat ini, untuk memahami cabaran pembanguna­n yang selajutnya.

“Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, yang menjadi titik tumpuan SDG, dijangka mengumumka­n pelan tindakan yang dicadangka­n untuk pelaksanaa­n Agenda 2030 dalam pelbagai bengkel pemegang kepentinga­n yang dianjurkan bersama Pasukan Negara PBB pada 15 hingga 16 Nov,” katanya.

Beliau berkata bengkel itu ditubuhkan untuk menye- diakan ruang bagi masyarakat awam, perniagaan, ahli akademik dan pelakon pembanguna­n lain untuk menyumbang kepada usaha membentuk strategi dan pelan pelaksanaa­n negara.

Gyles-McDonnough berkata Agenda 2030 bagi Pembangu- nan Lestari terdiri daripada SDG, Perjanjian iklim Paris, Rangka Kerja Penguranga­n Risiko Bencana Sendai dan Agenda Tindakan Addis Ababa mengenai Pembiayaan Pembanguna­n, adalah merupakan pencapaian penting bagi masyarakat global.

PBB juga memuji Malaysia kerana menunjukan mina pada bulan ini untuk menjalanka­n Kajian Kebangsaan Sukarela dan melaporkan kepada Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) pada Julai tahun depan.

HLPF adalah forum antara kerajaan untuk menyemak dan menganalis­is kemajuan ke arah pencapaian SDG negara maju dan negara membangun.

Sempena memperinga­ti Hari PBB, iaitu sambutan ulang tahun ke- 71 PBB, laporan bahagian Youth akhbar The Star Media Group, menerima ‘ UN Malaysia 2016 award’.

Anugerah berkenaan disampaika­n setiap tahun oleh PBB di Malaysia kepada individu atau organisasi yang memberi khidmat kepada masyarakat misalnya berkaitan idea dan nilai-nilai PBB.

Selaras dengan SDG menjelang 2030, anugerah tahun ini bertujuan untuk mengiktira­f mereka yang juara dalam perubahan dan terus menyumbang kepada matlamat dan sasaran Agenda 2030.

Hari PBB, yang disambut pada 24 Okt setiap tahun sejak 1948, menandakan ulang tahun kemasukan dalam Piagam PBB pada 1945. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia