Utusan Borneo (Sarawak)

BCM mula didagang di pasaran ACE pada premium lapan sen

-

DUNGUN: Seramai 1,616 pemilik perniagaan di seluruh Terengganu lewat mengemukak­an 2,060 penyata cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Terengganu, Datuk Hamzah Sundang berkata, berikutan itu pihaknya telah mengeluark­an 549 kompaun bernilai RM749,000 di bawah Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014.

“Daripada jumlah itu, RM28,000 telah dibayar dan jabatan dalam proses untuk mengeluark­an kompaun kepada pemilik perniagaan yang melakukan kesalahan itu.

“Kita juga akan memastikan mereka membayar kompaun itu bagi mengelak dikenakan tindakan mahkamah, “ka- tanya kepada pemberita selepas perasmian program Hari Bertemu Pelanggan Bahagian GST di sini semalam.

Sehingga 17 Okt lalu, 7,096 pemilik perniagaan telah mendaftar untuk GST dengan JKDM Terengganu. Ia termasuk 4,646 pendaftara­n wajib dan 2,383 pendaftara­n sukarela manakala bakinya adalah pendaftara­n cawangan JKDM.

Hamzah berkata, Hari Ber- temu Pelanggan itu bertujuan memudahkan pemilik perniagaan, terutama dari Kemaman dan Dungun membuat penghantar­an penyata CBP bagi tempoh Julai hingga September.

“Program ini juga diharap dapat dimanfaatk­an pemilik perniagaan untuk menyelesai­kan apa sahaja masalah berkaitan GST,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: BCM Alliance Bhd mula didagangka­n di Pasaran ACe Bursa Malaysia semalam pada 27 sen, atau premium lapan sen mengatasi harga terbitan pada 19 sen.

Pengedar peralatan kedai dobi dan peranti perubatan itu, dengan saham langganan awam terlebih langgan sebanyak 49.94 kali, menyaksika­n 9.62 juta saham bertukar tangan pada pembukaan.

“Kami gembira terhadap prestasi saham kami hari ini, memandangk­an premium lapan sen itu menunjukka­n pelabur yakin ke atas syarikat kami,” kata Pengarah Urusan Liaw Chong Lin pada sidang media selepas majlis penyenarai­an itu.

Tawaran awam permulaan ( IPO) itu membabitka­n 84.25 juta saham biasa pada harga jualan 42.13 juta saham sedia ada pada harga IPO 19 sen sesaham pada lima sen nilai tara.

Daripada jumlah keuntungan itu, RM2.60 juta akan digunakan untuk men- ubuhkan rangkaian 11 kedai dobi layan diri baharu Speed Queen sebagai kedai konsep di seluruh negara dan RM7.70 juta untuk membeli peralatan kedai dobi komersial baharu serta peranti perubatan.

Sejumlah RM3.21 juta akan digunakan untuk perbelanja­an harian kumpulan dan baki RM2.50 juta untuk perbelanja­an penyenarai­an.

M&A Securities Sdn Bhd ialah penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan IPO.

Sementara itu, Liaw berkata beliau yakin syarikat itu akan mencatat prestasi yang lebih baik tahun ini berbanding 2015, hasil daripada pelbagai projek dan tempahan yang diterima.

Mengenai hasil syarikat, beliau menjangkak­an segmen peralatan kedai dobi dan peranti perubatan akan menyumbang 50:50 kepada jumlah hasil tahun ini.

Tahun lepas, segmen kedai dobi menyumbang 60 peratus kepada hasil.

Dalam Bajet 2017, kera- jaan mengumumka­n sejumlah RM25 bilion akan disalurkan kepada sektor penjagaan kesihatan, termasuk membina hosiptal dan klinik baharu.

Liaw yakin pengumuman itu akan membantu meningkatk­an kedua-dua segmen perniagaan syarikat itu.

Beliau juga menyifatka­n Bajet 2017 sebagai bajet bertumpuka­n syarikat kecil dan sederhana dan memberi manfaat kepada syarikat seperti BCM.

Sementara itu BCM berkata ia mencatatka­n keuntungan bersih RM2.59 juta bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun, 2016, meningkat berbanding RM1.96 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi tmpoh yang sama, hasil meningkat kepada RM17.7 juta berbanding RM17.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ia dicapai hasil dariapda prestasi yang lebih baik daripada segmen perniagaan peralatan kedai dobi serta peranti kesihatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia