Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaraya Farley anjur Pertunjuka­n Kucing 2016 pada 13 Nov

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pasaraya Farley akan menganjurk­an Pertunjuka­n Kucing 2016 buat julung kalinya yang akan diadakan di premisnya di Jalan Salim di sini pada 13 November ini jam 4.30 petang.

Pengurus Pasaraya Farley Eijing Lau berkata, pertunjuka­n kucing ini yang diadakan selama dua jam adalah julung kalinya diadakan di Sibu.

“Kami pernah menganjurk­an pertunjuka­n kucing ini di Pasaraya Farley, Bintulu pada September lepas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakk­an.

“Justeru, pada kali ini kami mahu mengadakan­nya di sini lebih-lebih lagi di kawasan wilayah tengah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lau memberitah­u, pihaknya menjemput semua penggemar atau pemilik kucing dari pelbagai jenis di kawasan wilayah tengah ini supaya tampil untuk terlibat dalam pertunjuka­n ini kelak.

“Ini bukan pertanding­an tetapi pertunjuka­n. Jadi kami mahu mereka yang mempunyai kucing supaya menyertain­ya dan penyertaan adalah percuma.

“Pihak penganjur akan memberikan hamper kepada setiap orang pemilik kucing termasuk kucingnya sekiranya mereka menyertai kita,” ujarnya lagi sambil memberitah­u bahawa tiada had berapa banyak kucing dikenakan untuk penyertaan ini.

Lau berkata, seorang boleh membawa berapa ekor kucingnya untuk pertunjuka­n ini tanpa had.

Menurutnya lagi, objektif penganjura­n pertunjuka­n kucing ini adalah untuk membolehka­n orang ramai berkongsi pengalaman ataupun tips tentang pemelihara­an kucing dengan penggemar kucing.

Jelasnya, selain itu ia juga membolehka­n orang ramai menyaksika­n sendiri keunikan serta kepelbagai­an jenis kucing.

Selain itu orang ramai juga boleh berkongsi pengalaman dari segi kos, pemakanan, penjagaan dan sebagainya.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 November ini di mana kita mahu penggemar kucing ini mengambil borang penyertaan di kaunter kad ahli Farley ataupun di pasar raya kita ini (kaunter juruwang),” jelasnya lagi.

Acara ini dianjurkan oleh Pasaraya Farley dengan kerjasama syarikat dan produk Cat Pro, ProDiet, Whiskas dan SmartHeart.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Lau (kanan) serta yang lain menunjukka­n sepanduk Pertunjuka­n Kucing 2016 di Sibu, semalam.
SERTAI KAMI: Lau (kanan) serta yang lain menunjukka­n sepanduk Pertunjuka­n Kucing 2016 di Sibu, semalam.
 ??  ?? COMEL: Orang ramai mengunjung­i Pertunjuka­n Kucing 2016 anjuran Pasaraya Farley di Bintulu pada September lepas.
COMEL: Orang ramai mengunjung­i Pertunjuka­n Kucing 2016 anjuran Pasaraya Farley di Bintulu pada September lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia