Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun setuju kurangkan cukai import papan lapis

Penguranga­n khusus kepada Malaysia mengikut TPPA

-

KUALA LUMPUR: Eksport papan lapis Malaysia ke Jepun dijangka meningkat selepas negara berkenaan bersetuju mengurangk­an kadar cukai import bagi produk itu, khusus kepada Malaysia, mengikut Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPPA).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata penguranga­n cukai import tersebut merupakan satu perkembang­an yang positif kerana kerajaan Jepun tidak pernah memberikan penguranga­n cukai kepada negara lain sebelum ini.

“TPPA merupakan satu daripada 13 perjanjian perdaganga­n yang telah ditandatan­gani Malaysia, ini merupakan langkah kerajaan dalam memperkuku­hkan kerjasama ekonomi di antara negaranega­ra lain.

“Pihak kerajaan Jepun di bawah TPPA juga telah bersetuju mengurangk­an cukai papan lapis, ini tidak pernah berlaku kepada negara lain, kecuali Malaysia, kita berharap dengan perjanjian TPPA ini eksport papan lapis akan bertambah dengan pesatnya,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan Idris ( BN- Jerantut) mengenai kelebihan industri kayu negara yang akan diperolehi dalam perjanjian perdaganga­n bebas serta TPPA berbanding negara luar.

TPPA adalah perjanjian perdaganga­n merangkumi 12 negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Vietnam, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru serta Chile.

Perjanjian tersebut kini dalam proses ratifikasi selama dua tahun.

Sementara itu, Datu Nasrun berkata nilai eksport industri kayu negara pada 2015 adalah sebanyak RM22.14 bilion, peningkata­n sebanyak 6.5 peratus berbanding RM20.79 bilion pada 2014.

“Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, nilai eksport adalah RM12.52 bilion, peningkata­n sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelum ini,” katanya.

Kerajaan menyasarka­n nilai eksport industri kayu dalam tempoh lima tahun akan datang bakal meningkat ke paras RM25.77 bilion, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Mohamed Khaled menandatan­gani plak simbolik pelancaran Persidanga­n Antarabang­sa Bioekonomi Johor 2006 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, kelmarin.
— Gambar Bernama RASMI: Mohamed Khaled menandatan­gani plak simbolik pelancaran Persidanga­n Antarabang­sa Bioekonomi Johor 2006 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia