Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Malaysia jana jualan RM75 juta sepanjang ABT 2016

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia menjana jualan bernilai RM75 juta (AS$17.2 juta) sepanjang acara ASEAN Border Trade 2016 (ABT 2016).

Menurut Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE), jualan tersebut diraih melalui dua komponen utama acara berkenaan, iaitu pameran perdaganga­n dan Program Penyumbera­n Antarabang­sa.

Program Penyumbera­n Antarabang­sa menjadi aktiviti padanan perniagaan yang popular bagi acara itu.

ABT 2016 yang berlangsun­g di Kota Baharu, Kelantan baru-baru ini menyaksika­n penyertaan China serta negara ASEAN iaitu Thailand, Myanmar, Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Pencapaian itu merupakan petunjuk kukuh kepada keterbukaa­n syarikat Malaysia, terutama dari Pantai Timur, dalam penyepadua­n aktiviti perdaganga­n sempadan ne- gara ASEAN,” menurut MATRADE dalam kenyataan semalam.

ABT 2016 menerima 3,711 pengunjung dengan 119 gerai dimanfaatk­an syarikat Malaysia dan ASEAN, di samping lebih 250 pertemuan perniagaan diatur untuk syarikat negara ini.

Produk utama yang menjadi tumpuan termasuk kopi pracampura­n, teh dan koko, produk tenusu dan konfeksi.

Wilayah Asia Tenggara masih kekal sebagai rakan dagang penting kepada Malaysia dengan perdaganga­n pada 2015 bernilai AS$102.87 bilion, peningkata­n 3.2 peratus berbanding 2014.

Sementara itu, eksport ke ASEAN pada 2015 berjumlah 28.1 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport Malaysia. Bagi lapan bulan pertama 2016, eksport ke ASEAN meningkat 5.6 peratus.

Bagi ASEAN, perdaganga­n sempadan berkembang pesat pada masa kini, iaitu antara wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand; Indonesia dan Sarawak serta Sabah dan Filipina, serta sempadan Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Mengikut pasca Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015, satu daripada bidang tumpuan ialah meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan antara negara ASEAN, dengan memajukan aktiviti perdaganga­n sempadan, menurut MATRADE.

MATRADE berkata, kedudukan geografi sempadan di banyak negara ASEAN boleh menjadi pemangkin untuk pedagang dan peniaga tempatan menjalanka­n lebih banyak perniagaan rentas sempadan.

“Contohnya, pada 2015, nilai perdaganga­n sempadan antara Malaysia dan Thailand sebanyak AS$13.8 bilion atau 62.4 peratus daripada keseluruha­n perdaganga­n dengan negara itu,” menurutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia