Utusan Borneo (Sarawak)

Johor akan mencontohi Korea Selatan dalam pembanguna­n bandar farmasi

-

JOHOR BAHRU: Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadikan Johor sebuah hab bioperubat­an, kerajaan negeri bercadang membangunk­an bandar farmasi sendiri dengan menjadikan Osong Medical Park, Korea Selatan sebagai contoh.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembanguna­n bandar tersebut merupakan satu pelan jangka panjang oleh kerajaan negeri dan sehubungan itu, ia memerlukan hala tuju.

“Ini adalah satu permulaan. Kita akan buat kajian yang merangkumi pembanguna­n bandar terbabit.

“Kerjasama antara J-Biotech dan KBIO Health dari Korea Selatan akan mengorak langkah ke arah membantu kami membangunk­an pelan hala tuju ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Bioekonomi Antarabang­sa Johor di sini semalam.

Katanya, pelan hala tuju itu dijangka menyaksika­n pembanguna­n sebuah hab bioperubat­an, yang merangkumi komponen-komponen seperti pusat penyelidik­an dan pembanguna­n serta pengeluara­n alat-alat perubatan.

Terdahulu, J-Biotech telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan KBIO Health bagi membangunk­an kelompok bio-perubatan di Johor, lengkap dengan ekosistem yang kondusif dan komponenko­mponen sedia ada.

Selain itu, J-Biotech juga telah memeterai dua lagi MoU iaitu dengan JK Medical Group serta Rimbunan Serantau Sdn Bhd.

Dengan JK Medical Group, J-Biotech merancang untuk membangunk­an sebuah pusat kesihatan yang dilengkapi sepenuhnya dengan fasiliti pemulihan dan peremajaan.

MoU dengan Rimbunan Serantau membabitka­n aktiviti pengkomers­ilan bagi bahan- bahan terbiodegr­adasikan dan biokompos.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech Asman Shah Abd Rahman berkata KBIO Health merupakan sebuah agensi kerajaan Korea Selatan yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n Osong Medical Park, yang terletak kira-kira 45 minit dari Seoul.

“Kajian ( mengenai hala tuju hub bioperubat­an) akan bermula tahun depan dan kemungkina­n besar akan mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk selesai,” katanya.

Osong Medical Park yang turut dikenali sebagai Osong Bio-Technopoli­s, merupakan sebuah bandar perubatan yang dikendalik­an oleh kerajaan negeri untuk industri bio yang telah dimulakan oleh kerajaan Korea Selatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia