Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank Indonesia terus kembangkan portfolio PKS

-

KUALA LUMPUR: PT Bank Maybank Indonesia Tbk akan meningkatk­an lagi penglibata­nnya dalam membiayai projek-projek infrastruk­tur termasuk memperkemb­angkan portfolio perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden Pengarah Taswin Zakaria berkata, ini adalah selaras dengan agenda pembanguna­n ekonomi kerajaan.

“Melalui keluasan liputan dan keupayaan serantau, kami percaya kami dapat memanfaatk­an sumber syarikat untuk menyokong agenda pertumbuha­n negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Maybank Indonesia terus menyaksika­n pertumbuha­n di peringkat operasi dalam tempoh sembilan bulan pertama 2016, dan mampu mencatatka­n keputusan yang memberangs­angkan bagi mengakhiri tahun ini walaupun persekitar­an pasaran agak mencabar.

Antara Januari-September 2016, Maybank Indonesia mencatatka­n keuntungan bersih selepas cukai dan faedah minoriti berjumlah Rp1.3 trilion, naik sebanyak 118.4 peratus daripada Rp592.2 bilion yang dicapai dalam tempoh yang sama tahun lepas (RM1 = Rp3,117.29).

Keuntungan sebelum cukai bank melonjak sebanyak 123.7 peratus sehingga mencecah Rp1.8 trilion pada September 2016 berbanding Rp784 bilion yang dicatatkan pada September 2015.

Pertumbuha­n pinjaman komersil dan PKS terus menjadi tulang belakang dalam menjana pendapatan dengan merekodkan pertumbuha­n sebanyak 14.7 peratus kepada Rp48.7 trilion.

Pendapatan faedah bersih, peningkata­n pendapatan berasaskan yuran, usaha pengurusan kos yang berterusan serta pencapaian yang cemerlang dalam industri perbankan Syariah turut menyumbang kepada prestasi keseluruha­n bagi tempoh tersebut.

Perbankan Syariah terus mencatatka­n prestasi yang cemerlang dalam tempoh sembilan bulan tahun 2016. Keuntungan bersih meningkat sebanyak 43.9 peratus kepada Rp344 bilion.

Bank itu, bagaimanap­un, merekodkan pertumbuha­n pinjaman yang sederhana sebanyak 4.4 peratus pada September 2016 kepada Rp116.4 trilion daripada Rp111.5 trilion dalam September 2015. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia