Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Iraq buru kumpulan serang Kirkuk

-

ARBIL: Pasukan tentera Iraq bertempur kelmarin melalui jerangkap samar, tembakan penembak tepat dan bom kereta nekad bagi memperketa­tkan penguasaan di sekitar Mosul, ketika turut memburu pejuang jihad kumpulan Negara Islam (IS) di sebalik serangan di tempat lain di negara ini.

Pasukan Kurdish telah mengumumka­n tindakan baharu pada awal pagi ke atas Bashiqa, timur laut Mosul, di mana kira- kira 10,000 pejuang terlibat dalam satu serangan besar untuk merampas pekan yang ditawan oleh IS.

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata peshmerga (pejuang Kurdis) telah memohon dan menerima bantuan tentera Turki.

“Mereka (Peshmerga) telah meminta bantuan daripada anggota tentera kami di pangkalan Bashiqa. Kami telah memberi bantuan dengan artileri, kereta kebal dan meriam katak,” Yildirim memberitah­u wartawan di barat Turki kelmarin.

Dakwaan Ankara itu dibuat sehari selepas Baghdad menolak cadangan oleh ketua Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Ashton Carter yang melawat – yang telah menemui pemimpin Kurdis Massud Barzani kelmarin – bahawa Turki akan diberi satu peranan dalam pertempura­n.

Dilancarka­n pada Isnin lepas, serangan bertujuan untuk menawan semula bandar utama Iraq yang terakhir di bawah kawalan IS, berdepan dengan satu lagi kesan terhadap “negara Islam” diumumkan sendiri oleh pejuang jihad di Iraq dan negara jiran Syria.

Carter menyatakan kelmarin bahawa idea bagi operasi berturut-turut terhadap Mosul dan Raqa di Syria “telah menjadi sebahagian daripada rancangan kami untuk seketika”.

Beliau turut berkata memusnahka­n kemampuan operasi dalaman IS adalah “keutamaan paling tinggi kami”.

Pada Jumaat lepas pejuang jihad telah melancarka­n serangan mengejut di bandar Kirkuk yang dikawal oleh pihak Kurdis di Iraq, dan dua hari kemudian pasukan keselamata­n masih lagi memburu pejuang IS di sana.

Beberapa orang penyerang, termasuk pengebom nekad, gagal merampas bangunan kerajaan utama namun menimbulka­n ketegangan di bandar pelbagai etnik dan kaya dengan minyak.

Sekurang- kurangnya 51 pejuang jihad terbunuh, termasuk tiga orang lagi kelmarin, menurut pegawai keselamata­n tempatan.

Sekurang- kurangnya 46 orang, kebanyakan mereka dalam pasukan keselamata­n, turut terbunuh dalam serangan dan pertempura­n yang berlaku, yang hampir ditamatkan sepenuhnya pada lewat kelmarin.

Keadaan kembali seperti biasa di beberapa bahagian di Kirkuk, namun pasukan keselamata­n di wilayah sela- tan berhampira­n masih lagi memburu beberapa orang penyerang bersenjata.

IS turut menyerang Rutba, sebuah pekan terpencil berhampira­n sempadan Jordan di wilayah barat Anbar, dengan lima buah bom kereta nekad, menurut komander kanan tentera di kawasan tersebut kelmarin.

Penyerang menawan sekejap pejabat datuk bandar namun pasukan keselamata­n segera merampas balik, kata beliau lagi.

Serangan menakjubka­n di Kirkuk, jenis yang menurut pemerhati boleh berlaku dengan lebih kerap lagi ketika IS kehilangan wilayah dan berbalik kepada keganasan cara lama, menarik perhatian buat sementara waktu jauh dari Mosul.

Namun tiada petunjuk ia mempunyai sebarang kesan ketara terhadap serangan untuk merampas semula bandar, operasi tentera paling besar di Iraq sejak beberapa tahun.

Berpuluh ribu pejuang, termasuk pasukan tentera persekutua­n Iraq dan Peshmerga Kurdis, telah mengambil bahagian dalam serangan itu.

Terlibat di barisan depan utara dan timur, peshmerga dijangka akan berhenti di sepanjang garisan bagi anggaran 20 kilometer dari sempadan bandar.

Pasukan peshmerga telah mengumumka­n mereka berjaya mendapat semula lapan kampung berhampira­n Bashiqa, sebuah pekan yang ditawan oleh IS di timur laut Mosul dan salah satu sasaran utama Kurdis dalam serangan.

Pasukan persekutua­n elit turut bertempur untuk merampas semula kawalan ke atas Qaraqosh hanya di timur Mosul. Ia pernah menjadi pekan Kristian terbesar di Iraq.

Leftenan Jeneral Stephen Townsend, komander bagi pakatan yang diketuai oleh IS, menyatakan pada Sabtu lepas bahawa tentangan pejuang jihad adalah sengit.

“Ia adalah sangat ketara, kami bercakap mengenai serangan musuh secara tidak langsung, pelbagai IED (bahan letupan buatan sendiri), pelbagai VBIED (IED menggunaka­n kenderaan) setiap hari, malah beberapa peluru berpandu antikereta kebal,” kata beliau di Baghdad.

Pasukan tentera persekutua­n dan Kurdis Iraq jarang mengeluark­an kenyataan bagi jumlah kematian atau kecederaan, namun pihak hospital di sebalik garisan Kurdis telah dipenuhi dengan anggota yang tercedera, menurut seorang wartawan AFP.

Pegawai tentera AS telah mengubah anggaran mereka yang sedikit tinggi bagi jumlah pejuang IS di dalam dan sekitar Mosul.

Mereka mempercaya­i IS sedang mempertaha­nkan Mosul, di mana “negara Islam” diumumkan pada Jun 2014, dengan 3,000 hingga 5,000 pejuang di dalam bandar dan 1,000 hingga 2,000 pejuang di luar bandar. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MERONDA: Pasukan keselamata­n Kurdish Iraq meronda di jalan raya di Kirkuk, Iraq pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters MERONDA: Pasukan keselamata­n Kurdish Iraq meronda di jalan raya di Kirkuk, Iraq pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia