Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina dikejutkan dengan pembunuhan tiga lagi wanita

-

BUENOS AIRES: Seorang jurulatih seni mempertaha­nkan diri membunuh bekas teman wanitanya, sebelum membunuh kakak dan nenek wanita itu di Argentina kelmarin, menurut pihak berkuasa, beberapa hari selepas bantahan beramairam­ai menentang satu siri kekejaman melibatkan pembunuhan wanita.

Bersenjata­kan selaras senapang dan sebilah pisau, lelaki berusia 30 tahun itu melakukan amukan berdarah di rumah bekas teman wanitanya di pekan barat Godoy Cruz, mengorbank­an tiga orang wanita dan mengakibat­kan kecederaan teruk pada seorang budak perempuan berusia tujuh bulan dan seorang budak lelaki berusia 11 tahun, kata penyiasat.

Lelaki itu kemudian membuka dapur gas di rumah itu dan menyalakan sebatang lilin, namun pihak berkuasa berjaya tiba sebelum letupan berlaku, menurut menteri keselamata­n bagi wilayah Mendoza, Gianni Venier.

Tiga homisid itu berlaku selepas ribuan rakyat Argentina berpakaian serba hitam melakukan bantahan pada Rabu lepas terhadap kejadian rogol dan pembunuhan kejam melibatkan seorang gadis berusia 16 tahun, yang terbaharu selepas lebih dari setahun perarakan beramai- ramai bertujuan untuk membantah keganasan terhadap wanita.

Di Argentina, keganasan domestik telah membunuh seorang wanita dalam setiap 36 jam, menurut kenyataan kerajaan.

Lelaki yang dituduh bagi pembunuhan kelmarin telah diberkas, kata ketua polis tempatan Roberto Munoz.

Mangsanya adalah bekas teman wanita, juga berusia 30 tahun, kakaknya, 45, dan nenek mereka yang terlantar, 80, kata Venier.

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang bersembuny­i untuk menyelamat­kan dirinya, merupakan satu-satunya yang terselamat. Dia telah menelefon seorang saudara untuk memberitah­u bapanya telah membunuh ibunya.

Budak lelaki yang tercedera, ditikam beberapa kali, termasuk di bahagian perut, dan bayi perempuan, yang mempunyai kecederaan akibat ditembak, telah segera dihantar ke hospital pediatrik.

“Orang gila ini kemudian mencari budak lelaki yang bersembuny­i,” kata Venier.

Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan “serius”, pengarah hospital Raul Rufeil memberitah­u rangkaian TV C5N.

“Budak lelaki itu mempunyai beberapa kecederaan akibat tikaman, yang paling serius di bahagian perutnya, dan sedang berada dalam dewan pembedahan,” kata beliau.

“Bayi itu tercedera di bahagian leher dan dagunya, dengan satu lubang di dalam mulutnya, kelihatan akibat tembakan,” tambahnya.

Ia masih belum jelas sama ada kanak- kanak tersebut mempunyai pertalian dengan pembunuh.

Argentina masih lagi terkejut akibat kejadian pembunuhan pada 8 Oktober yang mencetuska­n bantahan pada minggu lepas.

Dalam kes tersebut, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Lucia Perez dikatakan telah dirogol dan ditusuk pada sebatang pacak oleh pengedar dadah yang dia temui ketika membeli ganja.

Kumpulan hak asasi wanita di Argentina telah melancarka­n pergerakan yang mengecam bukan sahaja keganasan terhadap wanita, namun apa yang mereka katakan sebagai budaya dan masyarakat yang menilai taraf wanita lebih rendah berbanding lelaki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia