Utusan Borneo (Sarawak)

Jutting didakwa rakam pembunuhan mangsa

Pegawai bank Britain itu mengaku bersalah bunuh tanpa niat dua wanita Indonesia di apartmenny­a di Hong Kong

-

HONG KONG: Pegawai bank Britain Rurik Jutting yang dituduh membunuh dua orang wanita Indonesia yang mayat mereka ditemui di apartmen mewahnya di Hong Kong telah merakamkan serangan tersebut dengan telefon iPhonenya, menurut mahkamah semalam, pada hari pertama perbicaraa­nnya.

Jutting, 31, pada awal semalam mengaku “tidak bersalah” terhadap dua pertuduhan membunuh di atas dasar tanggungja­wab menyusut. Sebaliknya dia mengaku bersalah bagi pembunuhan tanpa niat.

Pihak pendakwaan menolak rayuan awal dan pemilihan juri dilakukan.

Ketika hakim Michael Stuart-Moore memberi taklimat kepada para juri di Mahkamah Tinggi, beliau turut memberi amaran kepada mereka mengenai sifat grafik bahan bukti tersebut.

Beliau memberitah­u bahawa Jutting “merakam dengan iPhone miliknya sebahagian daripada apa yang dia telah lakukan kepada mangsa”, dan berkata rakaman itu “sememangny­a sangat mengejutka­n”.

Mayat Seneng Mujiasih dan Sumarti Ningsih, kedua-duanya berusia 20-an, ditemui mati di kediaman Jutting pada awal pagi 1 November, 2014, selepas dia menghubung­i polis ke tempat kejadian.

Mujiasih ditemui dalam keadaan bogel dan terdapat luka akibat tikaman pisau pada bahagian kaki dan punggungny­a, sementara mayat Ningsih yang sudah reput ditemui beberapa jam kemudian di dalam sebuah bag pakaian di balkoni, menurut laporan awal polis.

Jutting, seorang bekas peniaga sekuriti di Bank of America Merrill Lynch, berdepan dengan perbicaraa­n juri selama tiga minggu dan penjara seumur hidup sekiranya disabitkan bagi tuduhan membunuh.

Pembunuhan telah mengejutka­n sebuah bandar yang mempunyai tujuh juta orang penduduk – biasanya dianggap sebagai selamat dan terkenal dengan bangunan pencakar langit yang menarik – dan memberi tumpuan kepada sisi buruk di hab kewangan ini.

Jutting telah dilihat sebagai sihat bagi menjalani perbicaraa­n selepas beberapa pemeriksaa­n psikiatrik dan sedang ditahan di sebuah penjara kawalan ketat.

Kelihatan kemas dan memakai baju berwarna biru gelap, Jutting dengan tenang mengemukak­an rayuan rasminya buat kali pertama semalam, menyatakan: “Tidak bersalah bagi pembunuhan dengan sebab tanggungja­wab menyusut, namun bersalah untuk pembunuhan tanpa niat.”

Dia mengaku bersalah ke atas pertuduhan ketiga iaitu menghalang pengebumia­n mayat.

Di luar mahkamah, sebuah kumpulan kecil penunjuk perasaan daripada organisasi pekerja pendatang Indonesia menyeru bagi “perbicaraa­n yang cepat dan adil” serta pampasan untuk keluarga kedua-dua mangsa.

Ia merupakan kes pembunuhan berprofil paling tinggi melanda mahkamah Hong Kong sejak rakyat Amerika Nancy Kissel dituduh membunuh suaminya, seorang pegawai bank pada 2003.

Digelar sebagai “pembunuh susu kocak”, Kissel disabitkan kerana memberi dadah kepada suaminya – seorang eksekutif kanan di Merrill Lynch – dengan minuman strawberi yang dicampurka­n dengan sedatif sebelum memukulnya sehingga mati dengan barangan hiasan besi di rumah mewah mereka.

Kissel sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Pusat Tahanan Wanita Tai Lam yang berkawal ketat di Hong Kong.

Dia telah mengemukak­an usaha baharu pada Julai tahun ini bagi mengurangk­an tempoh hukumannya.

 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? TUNTUT KEADILAN: Anggota organisasi pekerja pendatang Indonesia memegang sepanduk dan gambar keluarga dua orang mangsa yang didakwa dibunuh oleh pegawai bank Britain Rurik Jutting (kiri) di luar Mahkamah Tinggi Hong Kong semalam.
— Gambar AFP/Reuters TUNTUT KEADILAN: Anggota organisasi pekerja pendatang Indonesia memegang sepanduk dan gambar keluarga dua orang mangsa yang didakwa dibunuh oleh pegawai bank Britain Rurik Jutting (kiri) di luar Mahkamah Tinggi Hong Kong semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia