Utusan Borneo (Sarawak)

Tembakan di sempadan bunuh dua orang awam

-

ISLAMABAD: Dua orang awam termasuk seorang budak perempuan berusia 18 bulan terbunuh dalam kejadian tembak-menembak oleh pasukan tentera India di sekitar sempadan de facto kedua-dua negara, menurut pihak tentera Pakistan semalam, ketika ketegangan meningkat di antara negaranega­ra musuh bersenjata nuklear tersebut.

Hubungan di antara keduadua negara telah menjunam sejak beberapa bulan ini, dengan India mempersala­hkan Pakistan bagi satu serbuan ke atas sebuah pangkalan tentera di bahagianny­a di Kashmir pada September yang mengorbank­an 1anggota tentera.

Delhi telah memberi respons kepada apa yang ia katakan sebagai “serangan surgikal”, menimbulka­n kemarahan Islamabad.

“Disebabkan oleh serangan tidak diprovok oleh India malam semalam seorang penduduk awam, Muhammad Latif dari perkampung­an Janglora, dan seorang kanak-kanak Haniya, berusia setahun enam bulan, ter- bunuh sementara tujuh orang penduduk awam tercedera,” menurut satu kenyataan tentera Pakistan.

Kejadian serangan berlaku di sekitar sempadan di antara Kashmir yang diperintah oleh India dan wilayah Punjab di Pakistan di perkampung­an Harpal, Pukhlian dan Charwah, menurut kenyataan.

Insiden malam kelmarin muncul beberapa hari selepas pasukan keselamata­n sempadan India mengesahka­n mereka menembak mati tujuh anggota tentera Pakistan dalam serangan balas kepada pencabulan gencatan senjata, dengan Pakistan menyangkal dakwaan tersebut.

Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam telah terbahagi di antara India dan Pakistan, namun dituntut sepenuhnya oleh kedua-dua negara, sejak kedua-dua negara mencapai kemerdekaa­n daripada Britain pada 1947.

Sejak 1989 beberapa kumpulan pemberonta­k telah menentang pasukan tentera India yang dikerahkan ke wilayah itu, menuntut kemerdekaa­n atau penggabung­an wilayah dengan Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia