Utusan Borneo (Sarawak)

PERLU BANYAK BOT

JBPM Sarawak masih kekurangan bot untuk kegunaan ketika musim banjir di negeri ini.

- BERITA DI MUKA

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak masih kekurangan bot untuk kegunaan ketika musim banjir di negeri ini, kata Pengarahny­a Nor Hisham Mohammad.

Menurutnya, setakat ini pihaknya mempunyai 56 aset kenderaan di air pelbagai jenis di seluruh negeri ini termasuk bot sumbangan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

Malah, beliau berkata apabila tiba musim banjir jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi disebabkan taburan kawasan terjejas yang agak tinggi pada sesuatu masa.

“Keperluan untuk beroperasi secara stabil saya boleh katakan bahawa 60 bot kerana setiap balai (bomba) mesti ada dua bot, satu bot untuk dikerah ke lokasi dan satu bot lagi bersedia untuk dikerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bot Penyelamat daripada SEDC di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya di sini semalam.

Nor Hisham menjelaska­n bahawa buat masa ini pihaknya menggunaka­n bot daripada balai bomba berdekatan bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada masa sama beliau berkata pihaknya turut mengambil pendekatan mengarahka­n penduduk terjejas berpindah ke kawasan tinggi lebih awal sebelum paras air naik lebih teruk.

“Oleh itu, dengan adanya sumbangan bot daripada SEDC ini dapat menampung keperluan kita bagi menjalanka­n operasi menyelamat mangsa banjir di negeri ini,” katanya.

Selain itu, beliau mendedahka­n bahawa Sarawak diramal tidak akan terkena taufan La Nina, namun dijangka akan menghadapi banjir seperti yang berlaku sebelum ini.

Melihat keadaan cuaca masa kini dan pengalaman tahun lalu, Nor Hisham menjang- kakan akan berlaku banjir kilat di kawasan Siburan dan Serian.

Malah, pihaknya juga memberi tumpuan terhadap kawasan rendah di Kuching, Samarahan dan Mukah serta kawasan Sri Aman, Lawas dan Limbang.

“Kita juga tidak lupa dengan kawasan Betong dan Saratok yang selalunya akan terjadi runtuhan tanah ketika musim tengkujuh ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Nor Hisham memberitah­u bahawa pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Air Kuching bagi meneliti isu paip yang mempunyai tekanan rendah terutama di kampung tradisi.

Terdahulu, Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini berkata, pihaknya sedia mempertimb­angkan untuk menghulurk­an bantuan bagi menambah jumlah bot JBPM di negeri ini.

“Sekiranya bot yang kami berikan pada hari ini digunakan dan memberi manfaat kepada masyarakat kami sedia mempertimb­angkan untuk menyumbang­kan lagi bot kepada pihak bomba,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar SEDC Edwin Abit, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Mohd Ali Bahudin, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Farhan Sufyan Borhan dan tetamu kehormat lain.

Keperluan untuk beroperasi secara stabil saya boleh katakan bahawa 60 bot kerana setiap balai (bomba) mesti ada dua bot, satu bot untuk dikerah ke lokasi dan satu bot lagi bersedia untuk dikerah.” Nor Hisham Mohammad Pengarah JBPM Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Janet (tiga kanan) bersama wanita lain mendengar ceramah disampaika­n Rogayah pada seminar itu.
DAPAT SAMBUTAN: Janet (tiga kanan) bersama wanita lain mendengar ceramah disampaika­n Rogayah pada seminar itu.
 ??  ?? TAMBAH ASET: Soedirman (dua kanan) menyerahka­n bot penyelamat kepada Nor Hisham sambil ditemani tetamu kehormat lain.
TAMBAH ASET: Soedirman (dua kanan) menyerahka­n bot penyelamat kepada Nor Hisham sambil ditemani tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia