Utusan Borneo (Sarawak)

Jutting didakwa rakam pembunuhan mangsa

-

KUALA LUMPUR: Kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara mencapai 76.8 peratus sehingga suku kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata usaha sedang dilakukan bagi meningkatk­an lagi penembusan jalur lebar dengan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentang­an Bajet 2017, Jumaat lepas.

“Kita akan memastikan kawasan di negara ini mendapat manfaaat daripada peruntukan berkenaan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Jailani menjawab soalan tambahan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu bila penembusan jalur lebar akan dapat meliputi seluruh kawasan di negara ini.

Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan RM1 bilion bagi meningkatk­an liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat pada pembentang­an Bajet 2017.

Menjawab soalan asal Jumat mengenai perancanga­n Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia memperluas­kan jaringan internet di kawasan tanah tinggi seperti di Inanam, Sabah, Jailani berkata setakat ini sebanyak 6,584 sambungan port telah tersedia di bawah projek Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB) di kawasan itu.

Katanya sebanyak 49 struktur komunikasi juga telah tersedia yang dapat memberi liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berkenaan.

“Dengan terlaksana­nya kesemua inisiatif ini, capaian untuk jaringan internet dapat dipertingk­atkan, sekali gus memanfaatk­an penduduk setempat yang tinggal di Parlimen Sepanggar yang meliputi kawasan tanah tinggi seperti di Inanam,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia